Showing posts with label japanese. Show all posts
Showing posts with label japanese. Show all posts

Monday, 21 April 2014

VJ : Palsu vs Original

AlhamdulilLah, kunjungan pertama saya ke Trigometric Sdn Bhd amat berbaloi kerana dpt ilmu bagaimana untuk membezakan Japanese Invation Money (JIM) yang original atau palsu. Ilmu yg berdasarkan fakta bukanya auta.


Terima kasih buat uncle (lupa nama) yg bersemangat menceritakan ttg perbedaan itu termasuk contoh sekali ;). Antara yang saya ingat perbedaannya ialah tulisan VJ yang sempurna adalah palsu. (anda boleh melayari Page Japanes Invation Money Society untuk maklumat lanjut  https://www.facebook.com/JapaneseMalaya )



Kini saya sedang mencari buku "The Japanese Occupation Of Malaya (Singapore) and Its Currency" utk simpanan dan rujukan saya berkaitan 'duit Jepun'


Antara yang menarik di dalam buku tersebut, di ceritakan sejarah termasuk imej2 perbedaan antara palsu dan original.


Tulisan MALAYAN pada note JIM juga merupakan satu perkara yang perlu di perhatikan untuk memastikan ukurannya tepat (57mm). Semua perkara ini perlu di teliti sebelum mengambil keputusan mengeluarkan belanja yang banyak untuk membelinya agar anda tidak muflis :)

Bagi anda yang baharu ingin menceburi diri dalam dunia Numismatic, pastikan anda ada Mentor, di tambahkan lagi dengan Elmu, Sistem mengumpul coin / banknote amat penting setiap item perlu ada rekod. Tindakan membeli coin / banknote hendaklah tepat! dan akhir sekali Impian untuk menyempurnakan koleksi anda mestilah suci murni. Jauhkan sengketa sesama kita :)




Thursday, 17 April 2014

Cara Pelik Meraikan Menang Perang

Pada 20 Ogos 1945 pihak British menggugurkan matawang Jepun "Special Edition" bg menyatakan bahawa Jepun tlh kalah dan sbg satu cara menghapuskan wang Jepun.

Hari ini saya berpeluang men'jamah' sendiri note 1000 yg bersaiz 170 mm × 82 mm bercetak MALAYAN di atasnya, WAR SOUVENIR di bawahnya, VJ dan Grim Memories of 1941-1945 di tengahnya.

Duit ini 'priceless' bukan saja yg original malah yg fake pun ada yg sanggup bayar (berapa harga jgn tny)


Menjadi persoalan skrg, apakah ilmu ini di ajar kpd generasi Y? Atau xpenting? Atau mmg ada yg masih belum tahu (ni baru 1st time tgk)?

Apa saja pandangan anda...cuba cakap kat diri sendiri AKU MESTI jaga warisan negara. Insyaa Allah ada hikmahnya :)