Monday 23 June 2014

2 Minggu Lagi.....

Lagi 2 minggu maka genaplah 7 tahun kami mendirikan rumah tangga.

Di kurniakan 2 orang putera. Di takdirkan rezeki yang tak putus2.

Semoga Ramadhan tahun ni mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga.

Selamat menyambut Ramadhan buat semua umat Islam. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya.

Wassalam

Thursday 19 June 2014

Pastikan Kanta Sentiasa di Sisi


Betapa seronoknya menatap coin2 yang mempunyai detail yang halus dan cantik.

Saya sering membawa bersama kanta untuk memastikan tidak terlepas menatap kehalusan coin yang terserempak :)

Cuba anda tatapi coin di atas. caranya klik butang kanan mouse dan pilih menu open link in new tab. Selamat menghayatinya.

Wednesday 18 June 2014

Koleksi Syiling Purba China

Sedang membelek2 item yang telah lama di beli dari oversea semalam baru saya perasan beberapa item tersebut adalah coin 'Cina'

Semalam juga saya dapat list coin2 Cina, tq to Mr. Kenny Ong Yew Chuan kerana telah berkongsi maklumat ini dengan saya.

Jika anda berminat dengan info ttg coin cina boleh la downloadnya di sini Zaiton catalogue of 

Saya pun belum dapat mengenal pasti semua coin di bawah ini :) mungkin anda boleh membantu mengenal pastinya. TQ :)









$50 siri 7 (1995)


 (klik butang kanan mouse - klik open link in new tab - utk melihat imej lebih jelas)

 (klik butang kanan mouse - klik open link in new tab - utk melihat imej lebih jelas)

Masih ingatkananda dengan wang kertas ini?? Maaf jika keadaan tidak memuaskan, terdapat kesan 'foxing' yang agak menyeramkan di belakang kertas

Wang kertas (note) ini adalah keluaran ke 7 (1995) di tanda tangan oleh Tan Sri Dato Ahmad Mohd Don.

Seperti biasa harganya berapa? :) Jawapan saya tetap sama, bergantung kepada kondisi kertasnya, jika tiada kesan lipatan, tiada lubang (kesan stapler), tiada koyak atau kata lain cun melecun maka harganya pun cun melecun gak :)

Cuma saya ingin kongsikan skit kalau anda terjumpa atau memiliki yang berombor siri AR, AS dan WA boleh la hubungi saya :) Rusdi (0111-239-5-238) atau klik di sini https://www.facebook.com/rusdi.jusoh.752 



$20 siri 6 (1986 - 1995)

 (klik butang kanan mouse - klik open link in new tab - utk melihat imej lebih jelas)
 (klik butang kanan mouse - klik open link in new tab - utk melihat imej lebih jelas)

Setiap kali saa berborak dengan rakan2 (bukan numis) mereka akan memberitahu bahawa mereka mempunyai note $20 (bukan semuanya tapi kebanyakkanya)

Mmg note ni unik tidak di nafikan, cuma kurang peka utk menjaganya. $20 untuk siri ke-6 ini hanya mempunyai prefix (atau di sebut no siri) TF (1st prefix), TG, TH dan UZ.

Harganya? Ya betul soalan ini la antara yg paling suka di bincangkan. saya lebih suka melihat kondisi kertas pertama sekali, jika ianya seperti baru keluar bank maka sudah tentu harganya lebih daripada yang sudah di lipat2.

Seterusnya prefixna, jika unik hanganya tersangatlah mahal (bagi kolekter seperti saya) unik? ya sebagai contoh TH3333333 atau UZ. Di mana hatganya boleh mencecah ribuan ringgit.

Setakat ini dulu buat masa ini, insyaa Allah di lain masa saya kongsikan lagi info ttg matawang. Jangan lupa klik pada gambar di atas (klik kanan untuk pembesaran) wasalam 

Pitis Zulhijjah 1904

(klik butang kanan tetikus - kemudian klik open link in new tabs - untuk gambar lebih jelas)

Ramai di kalangan numismatis yang bertanyakan tentang pitis ini. Rupa2nya pitis ini banyak terdapat dalam milik warisan keluarga.

Setakat pengetahuan yang saya dapat Pitis ini merupakan pitis terakhir pada tahun 1904 sebelum di berhentikan penggunaanya.

Pitis ini di keluarkan pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad ke 4. Di dalam buku rujukan / dan kalangan para numismatik di kenali dengan kod SS24, kenapa pitis Zulhijjah?

Di beri gelaran tersebut kerana di tulis pada pitis tersebut ianya di tempa pada bulan Zul Hijjah 1321H bersamaan 1904. Wasalam.

Tuesday 17 June 2014

Original Size

(klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas - klik right mouse dan pilih Open link in new tabs)

Original Size! Kini anda boleh melihat keseluruhan detail bagi setiap coin milik saya di blog ini. Insyaa Allah saya akan kongsikan lagi beberapa keping coin milik saya (lama dan baru)

Untuk makluman coin ini di potretkan menggunakan scanner dengan 1200 dpi :)



Sunday 8 June 2014

240 Keping RM1 'Aishah' Telah di Gred

Saya hanya mampu tersenyum bila melihat 105 keping CR72 mendapat 66EPQ

Paling tinggi 67EPQ hanya 16 keping je.

Andaian : (Pandangan peribadi nubis)

Harga CR72 yang belum di gred kemugkinan akan merosot sedikit harga bila kolekter mula melambakkan CR72 yg telah di gred.

Staples-holes boleh menjatuhkan gred sehingga F sahaja walaupun kertas cun melecun :)

Harapan agar harga CR72 (belum gred)  ni stabil la skit agar nubis cam saya dapat memilikinya dengan harga bawah RM800 bg kondisi EF.

Khabar angin : Betul ke ada yang memiliki sehingga 1 brick? Erm kita tunggu je la yer :)

Wednesday 4 June 2014

Target : 100 item murah di ebay!


Setelah berjaya mendapatkan 45 item di ebay dengan harga MURAH, kini saya target 100 lagi barangan yang MURAH di ebay untuk bulan JUN.

Anda beli barang dengan harga MAHAL???? Jangan bersedih kerana kini saya berkongsi KEPAKARAN saya mendapatkan item di ebay dengan cara yang TIDAK MERUGIKAN!

Anda mesti gunakan KUASA anda untuk menetapkan harga setiap barang (melalui bidaan) bukan terus mendapatkannya dengan harga yang tak masuk akal!

Semua teknik tersebut saya abadikan dalam eBook ini! Tiada guna ilmu kalau tidak di kongsi!

Dapatkannya sekarang!!

Bagaimana?

SMS : Taip <ebay> dan hantarkan kepada 0111-239-5-238 (RUSDI)

SEMOGA MAJU JAYA!!!!

Tuesday 3 June 2014

Mei yang Menggembirakan

AlhamdulilLah... setelah balik bercuti bersama keluarga barulah saya dapat kemaskini urusniaga utk bulan Mei 2014.

Alangkah terkejutnya bila target tidak sampai :( rupa2nya banyak item yg pada mulanya niat nak di urusniagakan tetapi tak jadi. Timbul rasa sayang lak :)

45 item saya perolehi dari ebay hanya 10 saja di urusniagakan (Syiling Peringatan Masjidil Nabawi). 25 item lagi belum tiba.

Apa yang menggembirakan? :) Kebanyakkan item yg saya perolehi dari ebay pada bulan Mei boleh di kategorikan 'murah'

Jika anda seorang penggemar ebay anda akan dapati terdapat beberapa item yg 'tersorok', terlepas pandang dari penyelam2.

Bagaimana ingin mendapatkan item tersorok ini? Insyaa Allah buku untuk bulan Jun 2014 saya mengenai selok belok berurusniaga di EBAY akan di publish.

Pada gambar di atas, itulah antara beberapa item di ebay yang saya mampu dapatkan dengan harga yang 'menggembirkan' :)

Jangan lepaskan peluang mendapatkan ebook saya nanti. Wassalam.

Sunday 25 May 2014

Poskad unik - Tulisan 2 Arah

Sedang harga numismatik bergelora saya cuba berehat sebentar dr mendapatkan item2 RRRR dan cuba berjinak2 dgn satu cabang dari beribu cabang filateli.

Saya mendapatkan sekeping poskad tahun 1906, di tulis 2 arah melintang dan menegak, kenapa?

Menurut Abang Adam, poskad seperti ini bnyk pada zaman sblm penggunaan telefon.

Panjang lebar ciri2 yg di terangkan cuma saya masih mentah tidak mampu serap semuanya.

Tulisan yg cantik salah satu sbb saya sukakan poskad ini

Teramat unik bagi budak mentah cam saya

Tarikh surat di bucu kanan atas 8.3.06 ( 1906)

Friday 23 May 2014

Percubaan Melakar Wajah Pada Syiling



2 jam ambil masa untuk melakar wajah saya sendiri di atas syiling. :)

Menggunakan perisian SketchUp AlhamdulilLah siap gak akhirnya walaupun mengambil masa yang agak lama jugak la bagi seorang beginner.

So saya dah upload video tu ( maaf visual kurang memuaskan sebab line internet slow maka file terpaksa di compress)

Ok next time saya akan cuba lagi semoga tercapai cita2 nak ada sendiri sekeping syiling :) untuk simpanan anak cucu saya.

Thursday 22 May 2014

Wednesday 21 May 2014

Aku masih "NUBIS"


Tadi sempat duk belek2 kat ebay jumpa la satu coin.. pada pandangan saya nampak 'karat' tapi terkejut dengan gred yg di berikan!

Terasa diri makin kerdil dalam bab numismatik ni :(


Dalam lelongan tadi coin ni di jual dengan harga RM235.10 mmg satu harga yang mahal bg Nubis cam saya tapi mungkin amat murah bg otai2


Rasa ingin tau lebih lagi dari segi pengredan sbb kalu dulu pada pandangan saya hanya coin yg licin cun melecun saja layak utk diberikan gred MS60 ke atas (UNC)


Apakah kesan itu sebenarnya? toning??


harap ada la otai2 yang boleh bagi penenrangan tentang kekeliruan ambo ni.

Tuesday 20 May 2014

7 Keping Pitis Kelantan Di Gred


Kepada peminat Pitis Kesultanan, terutamanya pitis Kelantan. Untuk makluman anda tadi saya membuat carian dan mendapati ada 7 keping Pitis Kelantan (SS24) telah di gred. Paling tinggi di gred ialah MS65.

Menjadi persoalan bg diri ini siapakah empunya nya?

Satu carian telah di buat dan mendapati SS24 memang telah di gred. Dan telah di jual pada 17 Sept 2011.


Pengalaman saya 10 bulan yang lepas semasa ber 'md' menjumpai beberapa keping pitis ini tetapi kondisinya amat terus jika di bandingkan dengan yg di gred (dalam gambar)

Cuma beberapa bulan lepas saya memperolehi 3 keping yang amat cantik, dan menjadi kontroversi tentang keasliannya, beberapa pihak mengandaikan buatan semula.

Insyaa Allah jika di izinkan akan saya cuba menghantar item tersebut ke NGC untuk kepastian :) 

Edit Guna Smartphone


Terpanggil untuk berkongsi kepakaran editing menggunakan nset, maka hari ini saya kongsikan teknik ringkas bagaimana nak edit gambar supaya nampak lebih menarik utk pos di FB

Cari kat shop 'Photo Editor' gambar cam kat sebelah tu.

Setakat ini yang saya duk godek2 rasa puas hati ngan app ni :)

*Perhatian : Edit gambar tidak menjaminkan gambar anda jadi cun melecun. Teknik photografi penting. Insyaa Allah saya akan kongsikan teknik snap guna smartphone yg paling berkesan di lain masa

setelah anda memuat turun atau bahasa mudahnya download this app, maka cuba2 la godek2 terlebih dahulu guna gambar2 yang cantik.



Jangan lupa saksikan video yg telah saya attachkan sebanyak mungkin supaya anda perasan ada teknik rahsia dalam tu :)

Ok selamat menonton dan semoga berjaya.

10 sen 1971 - Lakaran


AlhamdulilLah.. hari ni R&D saya hampir berjaya 100% kaedah fotografi (gambar kiri) menampakkan seluruh detail pada item. Ini memberi kesan kepada fotografik.

Setiap detail itu penting utk lakaran balik. Walaubagaimanapun masih ada kekurangan pada lakaran tersebut. Terutamanya dari segi kehalusannya.

Apa yg saya berjaya temui dari teknik fotografi ini?
1. Tiada distort (senget) pada gambar
2. Item rata 180 darjah (mendatar)
3. Hampir 100% permukaan sama dengan item original
4. Cahaya balance


Apa pentingnya kepada fotografik?
1. Memudahkan lakaran - kerana semua detail nampak jelas
2. Memendekkan masa lakaran
3. Meluaskan ilmu numismatik

Insyaa Allah setelah segalanya sempurna saya akan kongsikan teknik ini dengan anda semua :) Doakan semoga saya berjaya. Terima kasih.

Monday 19 May 2014

442 keping 10 sen 1971 di gred (NGC + PCGS)


Ini bukan lagi RAHSIA! 402 keping telah di hantar ke NGC untuk di gred! Hasilnya :

MS 67 - 9 Keping <-- tertinggi setakat hari ini
MS 66 - 154
MS 65 - 152
MS 64 - 70
MS 63 - 6
MS 62 - 2
MS 61 - 2

MS 58 - 4
MS 55 - 2
MS 45 - 1

Menurut buku rujukan harga untuk UNC adalah RM500 - RM1,300 (mengikut persetujuan urusniaga)

Kebiasanya selepas di gred harganya akan melambunggggg :) Anda tidak perlu mengkritik harga yang di berikan oleh penjual kerana itu haknya.. hak kita sebagai buyer ialah beli atau tidak.

Spekulasi mengatakan harganya akan makin naik dan terus naik, tetapi bagi saya harganya akan stabil kerana ramai yang masih menunggu 'kepulangan' 10 sen mereka dan ini akan menyebabkan 10 sen yg tidak di gred akan TURUN HARGA!

Di tambah pula ada pemalsuan!

Jika kita andaikan 10 sen MS 45 itu di tawarkan harga RM400 maka berapa harga 10 sen yang tidak di gred yang kondisinya VF ke bawah?

Patutkah saya menghantar 10 sen 1971 saya untuk di gred? Kenapa perlu gred? Apa impaknya jika item saya di sahkan polish? :'(

Tambahan :

Gred di PCGS pulah sebanyak 40 keping. Maka semuanya 442 keping



*mood* garuk kepala.. to be continued...

Sunday 18 May 2014

Draf ebook JUN 2014


AlhamdulilLah, 60% hampir siap. :)

Insyaa Allah ebook ini akan membantu anda mencari item2 yang RRRR (rare) dari ebay!

Semua ini saya catatkan berdasarkan pengalaman dan masa sebenar saya di ebay dan bukannya retorik atau teori semata-mata.

Saya percaya ramai yang telah membeli buku / ebook di pasaran mengenai selok belok urusniaga di ebay tetapi tidak membacanya sampai habis kerana bosan! Betul?

Saya juga seperti anda! tidak suka buku yang hanya di penuhi oleh tulisan sahaja! Terkini saya membeli sebuah ebook di ebay berkenaan dengan ebay dan hasilnya :(

 Jika anda berminat nak baca boleh dapatkannya di sini

KLIK DI SINI atau menghubungi saya terus dengan harga RM2 sahaja!

Semuanya tulisan :) Insyaa Allah bulan hadapan saya akan bagi FREE je bagi setiap buku eBook JUN 2014.

Setakat hari ini lebih dari 30 item telah saya beli dari ebay dengan harga yang berpatutan dan lebih rendah dari harga pasaran.

Setiap item ini tadi saya akan kongsikan bersama-sama anda semua di blog dan FB saya (https://www.facebook.com/rusdi.jusoh.752)

Jangan lepaskan peluang mendapatkan eBook JUN 2014 saya nanti pada 1 Jun 2014.

Jika anda berminat untuk mendapatkan eBook May 2014 sila klik di sini, terima kasih.

Program Merekod Duit



AlhamdulilLah semalam saya jumpa satu progam percuma untuk merekodkan segala item numismatik yang kita kumpul :)

Mungkin ini dapat membantu kita mewariskan segala item kita kepada generasi akan datang. Selain rekod manual freeware ini juga rasanya yg paling mudah untuk di cuba :)

Jika anda berminat untuk mendapatkan freeware ini sila klik di sini.

Apa gunanya program ini kepada saya?
1. Memudahkan semakan untuk urusniaga
2. Mengenalpasti item yang belum di miliki
3. Mengekalkan warisan

Friday 16 May 2014

BANK "A" NEGARA?

Petang ni kawan ambo mai tunjuk sekeping 50c 2002. Tak tahula fake or original.

Sekarang duk kawtim harga ;) harap2 dpt harga patut. Skrg masih mengkaji harap otai2 leh bantu.

Masih bnyk lg berlegar di edaran, so jom pakat cari yer. Meriahkan dunia numismatik.

Wednesday 14 May 2014

Ka-Ching!!!!!


AlhamdulilLah!!! Malam ni rezeki melimpah ruah! Satu lagi item coin China, rasanya forgery tapi manala tau kan kot2 dpt yg ori hahhahah

Untuk makluman tuan-puan coin ni banyak yg palsu di pasaran... harga yg palsu biasanya RM5 - RM10 berdasarkan kualiti.

Rasa bertuah sangat malam ni :) ilmu 'ebay' mengena :) Barang dari China akan di pos percuma ke Malaysia :) rasanya anda pun tak sanggup hantar barang ke China dengan nilai RM3.21 (barang + kos penghantaran)

Setelah tadi baru dpt item ni ( baca di sini ) kini dpt lagi.. Insyaa Allah sedang 'memburu' lagi item2 dengan harga tak patut :)


Setiap perkara mesti belajar dengan 'sifu' yang pakar dan berpengalaman. Anda boleh mengambil masa yg panjanggggggg untuk belajar sendiri tanpa mengeluarkan sedikit modal untuk memendekkan masa belajar.

Ilmu bisnes semua orang tahu, tetapi berapa ramai orang yg sudah praktik dan berjaya apa yang di teorikannya?

Saya berani mengatakan bahawa pada April yang lepas saya telah berjaya mencapai target dalam bisnes saya. Ingin tahu bagaimana? KLIK DI SINI 

Penghantaran Percuma dari USA


AlhamdulilLah.. rezeki di malam hari. Gatal tangan nak minta 'offer' dari penjual tup2 dia terima siap 'free postage' :)

Kegilaanku 'memancing' di ebay susah nak stop dah rasanya. Sepatutnya saya tidak menghebohkan perkara ini tetapi atas rasa ingin berkongsi maka saya gagahkan juga hati ini untuk menulisnya.

Sebenarnya banyak item2 di Ebay yg saya berjaya dapatkan dgn harga 'tak patut' sbg contoh item di atas. Semua maklum bahawa item yg di grading biasanya beharga lebih dari RM100 (di Malaysia). Tetapi item ini dari USA.

Walaubagaimanapun, kos penghantaran dari USA ke Malaysia tak kurang dari RM30 biasanya (sepanjang saya berurusan) tetapi untuk item ini saya dapat PERCUMA!

Modal USD10 (RM38.86) so berapa saya mahu lepaskan? Jika rakyat Malaysia tidak berminat untuk mengumpul coin USA saya masih lagi berpeluang melelongnya di pasaran luar.

Insyaa ALlah untuk bulan Jun 2014 bagi melengkapkan siri e-book saya, akan saya 'bocorkan' ilmu berurusan di ebay. Nantikan kemunculannya.

Jangan lupa dapatkan e-book saya untuk bulan May 2014 :) klik di sini

Monday 12 May 2014

Token Perjudian RRR

Pagi ni saya begitu teruja bila berjaya mendapatkan item RRR dari ebay.

Takdir penentu segala, masa duk belek2 item di ebay kebetulan sifu Dickson menulis di blognya berkenaan token perjudian yg sangat 'rare'.

Rujuk di sini : http://dniewcollectors.blogspot.com/2014/05/malaysia-monetary-tokens-clay-gaming.html#ixzz31PyGdw4X

Insyaa Allah 3 minggu lagi item akan tiba dan jika berkesempatan akan turut di pamerkan di Seminar Pitis Kesultanan Kelantan pada 21 - 22 Jun 2014 nanti utk tatapan rakan2.

Saturday 10 May 2014

10 sen 1971 (3)


AlhamdulilLah hari ini saya ingin berkongsi syiling misteri 10 sen 1971. :) sebelum ini ada sesetengah pihak menyatakan bahawa terdapat 'emas putih' di dalamnya, ada juga yg menganggap ianya dari alam bunian dan macam2 lagi.

Secara logiknya 10 sen 1971 ini di cari kerana keluarnya teramat sedikit iaitu 32,236 keping sahaja! berbanding dengan tahun2 yg lain sbg contoh 1979 di keluarkan sebanyak 50,633,326 keping!

Walaubagaimanapun lebih mencabar lagi dlm pemburuan syiling ini ialah variety nya. Setakat di ketahui sehingga kini hanya ada 3 variety, di beri nama V1, V2, dan V3.

Jom kenali variery2nya agar kita tidak terperdaya :) kenapa? Kerana harganya juga berbeda :)


Secara mudahnya kita hanya perlu kenali 2 tempat sahaja jika kedua-dua tanda itu tiada maka 10 sen itu V1.


V2 mempunyai dot (perlu di lihat guna kanta) di atas huruf L pada perkataan MALAYSIA


Manakala V3 mempunyai lebihan metal di dalam 0

Itu sahaja penerangan ringkas yg mampu saya kongsikannya. AlhamdulilLah, memiliki 10 sen 1971 memberi kepuasan yang amat sangat sebagai seorang numismatis (beginner) 

Kini pemburuan saya mencari RM1 'AISHAH' yg juga misteri di kalangan peminat mistik :) Insyaa Allah lebih banyak info mengenai numismatik akan saya kongsikan di sini.

Oh ya, mengenai dengan harga V1, V2, dan V3 terus terang saya katakan jika anda bertuah maka anda boleh mendapatkan sehingga 4 angka :) yang penting ilmu pemasaran yg betul.

[ home



PERCUMA! PERCUMA! PERCUMA!

AlhamdulilLah.. Hari ini ulangtahun pertama penerokaan dalam dunia perniagaan di internet secara SISTEMATIK.

"Lubang Selesa" masih belum ku tinggalkan walaupun dah setahun, kerana perancangan untuk keluar dari sana mengambil masa sehingga aku berumur 40 tahun.

Baki 5 tahun lagi akan ku guna sepenuhnya utk membantu diriku sendiri agar bermanfaat kpd org lain.
Apa guna hanya mengeluh 'kesian' pd yg susah jika aku tidak mampu membantunya?

Apa guna asyik salahkan org lain sedangkan aku xberusaha setapak ke hadapan?

Terima kasih buat sahabat semua yg support bisnes saya, jutaan terima kasih buat sifu Dr Azizan Osman yg mengajar ELMU ni.

Paling ku tak lupakan jasa kedua ibubapaku yg mencorakkan hidupku begini! AlhamdulilLah

So, sempena hari baik bulan baik terasa ingin bagi free :-)

"TIPS MEMPROMOSIKAN BARANGAN ANDA DENGAN HARGA SERENDAH RM3 SEHARI DI FACEBOOK"

Caranya :

Hantarna Nama dan Alamat ke :

Telefon : 0111-239-5-238 (Rusdi)


TAWARAN TERBUKA DARI 10 - 12 MEI 2014 SAHAJA!!!


Thursday 8 May 2014

Berapa kali anda TERTIPU dengan BISNES di Internet?


Adakah anda periksa pembeli / penjual sebarang item di internet? Bagaimana anda mempercayainya? Atau anda pernah kena tipu?

Oleh kerana byk sgt kes penipuan di internet maka saya terpaksa sertakan feedback yang saya dapat melalui urusniaga di Ebay yang mana saya mula aktif sejak 9 Jan 2014 (akaun Jarisepuluh). 36 urusniaga yang telah di buat semuanya POSITIF!!


 

Saya terpaksa akui kegilaan berurusniaga tanpa SISTEM menyebabkan saya mengalami kerugian! akhirnya pada minggu terakhir bulan April saya mengambil keputusan utk berniaga secara bersistem!

AlhamdulilLah pada bulan Mei 2014 saya lebih fokus dan dapat mengawal aliran tunai dengan baik. Semua ini saya kongsi dalam semua buku ringkas.

Anda boleh dapatinya dengan klik pada link di bawah. Terima kasih.