Showing posts with label zeti aziz. Show all posts
Showing posts with label zeti aziz. Show all posts

Saturday, 10 May 2014

10 sen 1971 (3)


AlhamdulilLah hari ini saya ingin berkongsi syiling misteri 10 sen 1971. :) sebelum ini ada sesetengah pihak menyatakan bahawa terdapat 'emas putih' di dalamnya, ada juga yg menganggap ianya dari alam bunian dan macam2 lagi.

Secara logiknya 10 sen 1971 ini di cari kerana keluarnya teramat sedikit iaitu 32,236 keping sahaja! berbanding dengan tahun2 yg lain sbg contoh 1979 di keluarkan sebanyak 50,633,326 keping!

Walaubagaimanapun lebih mencabar lagi dlm pemburuan syiling ini ialah variety nya. Setakat di ketahui sehingga kini hanya ada 3 variety, di beri nama V1, V2, dan V3.

Jom kenali variery2nya agar kita tidak terperdaya :) kenapa? Kerana harganya juga berbeda :)


Secara mudahnya kita hanya perlu kenali 2 tempat sahaja jika kedua-dua tanda itu tiada maka 10 sen itu V1.


V2 mempunyai dot (perlu di lihat guna kanta) di atas huruf L pada perkataan MALAYSIA


Manakala V3 mempunyai lebihan metal di dalam 0

Itu sahaja penerangan ringkas yg mampu saya kongsikannya. AlhamdulilLah, memiliki 10 sen 1971 memberi kepuasan yang amat sangat sebagai seorang numismatis (beginner) 

Kini pemburuan saya mencari RM1 'AISHAH' yg juga misteri di kalangan peminat mistik :) Insyaa Allah lebih banyak info mengenai numismatik akan saya kongsikan di sini.

Oh ya, mengenai dengan harga V1, V2, dan V3 terus terang saya katakan jika anda bertuah maka anda boleh mendapatkan sehingga 4 angka :) yang penting ilmu pemasaran yg betul.

[ home ] 



Monday, 21 April 2014

Duit Gaji Dah Habis? Jom Berubah.

Petang td saya belek balik ilmu yg saya dpt 1 thn lps berkaitan pemasaran. Pakar Pemasaran Malaysia Dr. Azizan Osman tlh mengajar segalanya tetapi saya baru boleh memecahkan tembok zon selesa slps setahun.

"Catatlah sbrg urusniaga walaupun RM1 kerana itulah asas utk urusniaga bernilai RM1,000,000"

Jgn kita abaikan urusniaga yg sekecil mana pun, jika yg sekecil ini tdk mampu di uruskan secara sistematik masakan mampu yg lebih besar nilainya.

Maka td saya tlh sediakan buku untuk catat semua item numismatik dlm simpanan saya. Setiap urusniaga akan di sertakan resit dan buku lejar ;)

Jom kita semua berubah... kita MESTI catat semuanya kerana saya yakin ada di antara anda yg senasib dgn saya :)

Jangan lupa layari setiap masa http://www.akumesti.blogspot.com

Thursday, 17 April 2014

ilmu Kanak2 utk Dewasa

Lagi beberapa minit pintu akan di buka, teruja nak masuk sbb katanya dlm tu ada prefix yg RRRR ermmm tapi kenapa tidak di jaga? Apakah pihak pengurusan melihat ia dr mata bukan ahli numismatik?

Saya syorkan sekolah2 di Malaysia khususnya Kelantan buat lawatan kat sini better dari melawat SOGO ;)

Ok ikuti cerita saya spjg kat sini dalam blog ni yg akan saya update dari masa ke semasa. Ini lawatan saya yg ke 3 utk tahun ni :)

Wednesday, 16 April 2014

Harga Muka

Hobi yg menjana pendapatan. Cuba seluk poket anda dan belek2 la duit anda, ada yg melihat RM1 hanya bernilai RM1 tp bg kami ahli numismatik melihat dari sudut yg berbeda.

Ketagihan mengumpul matawang amat sukar di pulihkan maka jangan teruskan pembacaan blog ini jika anda bimbang RM1 anda akan di tawarkan dgn harga RM50 atau lebih.

Itulah hakikatnya yg terjadi pada saya sendiri, ketaksuban kpd prefix (juga di sebut no siri) yg cun melecun amat sukar di nafikan. :)

Alangkah indahnya jika hobi ini di terapkan di usia muda di samping mengajar anak2 muda menabung sebenarnya kita mengajar mereka menjana ekonomi.