Sunday, 8 June 2014
240 Keping RM1 'Aishah' Telah di Gred
Paling tinggi 67EPQ hanya 16 keping je.
Andaian : (Pandangan peribadi nubis)
Harga CR72 yang belum di gred kemugkinan akan merosot sedikit harga bila kolekter mula melambakkan CR72 yg telah di gred.
Staples-holes boleh menjatuhkan gred sehingga F sahaja walaupun kertas cun melecun :)
Harapan agar harga CR72 (belum gred) ni stabil la skit agar nubis cam saya dapat memilikinya dengan harga bawah RM800 bg kondisi EF.
Khabar angin : Betul ke ada yang memiliki sehingga 1 brick? Erm kita tunggu je la yer :)
Saturday, 10 May 2014
10 sen 1971 (3)
AlhamdulilLah hari ini saya ingin berkongsi syiling misteri 10 sen 1971. :) sebelum ini ada sesetengah pihak menyatakan bahawa terdapat 'emas putih' di dalamnya, ada juga yg menganggap ianya dari alam bunian dan macam2 lagi.
Secara logiknya 10 sen 1971 ini di cari kerana keluarnya teramat sedikit iaitu 32,236 keping sahaja! berbanding dengan tahun2 yg lain sbg contoh 1979 di keluarkan sebanyak 50,633,326 keping!
Walaubagaimanapun lebih mencabar lagi dlm pemburuan syiling ini ialah variety nya. Setakat di ketahui sehingga kini hanya ada 3 variety, di beri nama V1, V2, dan V3.
Jom kenali variery2nya agar kita tidak terperdaya :) kenapa? Kerana harganya juga berbeda :)
Thursday, 24 April 2014
Terus Berniaga...
Setakat ini saya baru ada 1 lot (3item), sdg mencari beberapa lg item utk saya lepaskan sbg simpanan rakan2. Target utk bulan ni ialah RM500 berbaki lg 7 hari, Insyaa Allah.
Mampukah saya capai target? Tindakan luar biasa akan buahkn hasil yg luar biasa. Yg perting sistemnya betul dan impian utk membantu org lain di utamakan.
Anda masih duk dalam "lubang" selesa? Duk la diam2 situ, harap jgn di perlekeh usaha mereka yg nak keluar ;) pastu jaga mulut jgn cepat mengata dan mengeji manusia yg ada target utk berjaya. Mohon terasa :)
Wednesday, 23 April 2014
Untung RM30
Alhamdulillah..hari pertama bisnes di online dengan SISTEM yang telah saya belajar dulu akhirnya membuahkan hasil. 3 lot (6 item) di lelong 1 terjual 2 lagi belum terjual yang pastinya mesti di buat post mortem, mencari di mana silapnya teknik pemasaran yang telah saya gunakan.
Mentor : saya dah jumpa orang yg layak menunjuk ajar kpd saya bagaimana utk mendapatkan 1 juta
Elmu : saya dah dpt ilmu yg di gunakan oleh beliau utk dptkan 1 juta
Sistem : saya sudah siapkan carta alir bagaimana utk mendapatkan 1 juta :)
Tindakan : saya sedang bertindak sekarang
Impian : saya MESTI dapat 1 JUTA pada 25 April 2019 Insya Allah (5 tahun dari sekarang)
Kpd rakan2 yg berbisnes, nasihat saya agar visi kita biar jelas :) jika visi anda kabur masakan anda mampu membuat satu sistem (jalan) utk meralisasikannya. Jika sistem tersebut pun gagal kita khayalkan masakan kita mampu bertindak!
Jika anda tidak mampu berIMPIAN, membuat SISTEM, dan lembab berTINDAK maka cari lah MENTOR yang mampu mengajar anda ELMUnya :)
Jangan lupa untuk terus bersama saya bagi menimba ilmu mengenai bisnes.
Monday, 21 April 2014
RM1 bernilai RM10?
Anda masih ada wang kertas ni? Nasihat saya simpanlah jika anda ada yg berkondisi VF (very fine) ke atas. Kenapa?
1. Mana tau kot2 30 tahun lagi beharga lebih dr RM2, atau;
2. Sebagai kenangan untuk anak cucu kita, atau!
3. Simpanan @ pelaburan masa dpn.
Saya hanya mampu kemukakan 3 alasan knp perlu simpan tetapi saya yakin anda ada 1000 alasan knp tidak perlu :)
Tidak perlu huraikan alasan tersebut kerana saya yakin jika 30 tahun dahalu (1984) jika arwah bapa saya sempat (saya bkn salahkan beliau tp sbg jawapan utk alasan) menyimpan 8 kpg $1 siri ke-5 signed by Aziz Taha nescaya saya boleh menjualnya dgn harga RM10/keping pd masa sekarang.
Tapi apakan daya semua banknote dan coin yg pernah saya simpan dlm almari mak saya 20 tahun lepas tlh hilang kerana saya tdk tahu ilmu menjaga coin dan banknote. Ilmu numismatik tidak sampai ke dlm keluarga kami.
Mmg ada notes lama tetapi kondisi poor - fine sahaja. Oleh itu supaya sejarah tidak berulang, agar anak2 ku gembira di masa dewasanya nanti, maka saya akan terus simpan item yg mudah di dapati sebelum pupus.
Thursday, 17 April 2014
ilmu Kanak2 utk Dewasa
Lagi beberapa minit pintu akan di buka, teruja nak masuk sbb katanya dlm tu ada prefix yg RRRR ermmm tapi kenapa tidak di jaga? Apakah pihak pengurusan melihat ia dr mata bukan ahli numismatik?
Saya syorkan sekolah2 di Malaysia khususnya Kelantan buat lawatan kat sini better dari melawat SOGO ;)
Ok ikuti cerita saya spjg kat sini dalam blog ni yg akan saya update dari masa ke semasa. Ini lawatan saya yg ke 3 utk tahun ni :)
Wednesday, 16 April 2014
Harga Muka
Hobi yg menjana pendapatan. Cuba seluk poket anda dan belek2 la duit anda, ada yg melihat RM1 hanya bernilai RM1 tp bg kami ahli numismatik melihat dari sudut yg berbeda.
Ketagihan mengumpul matawang amat sukar di pulihkan maka jangan teruskan pembacaan blog ini jika anda bimbang RM1 anda akan di tawarkan dgn harga RM50 atau lebih.
Itulah hakikatnya yg terjadi pada saya sendiri, ketaksuban kpd prefix (juga di sebut no siri) yg cun melecun amat sukar di nafikan. :)
Alangkah indahnya jika hobi ini di terapkan di usia muda di samping mengajar anak2 muda menabung sebenarnya kita mengajar mereka menjana ekonomi.





