Showing posts with label straits settlements. Show all posts
Showing posts with label straits settlements. Show all posts

Wednesday, 21 May 2014

Aku masih "NUBIS"


Tadi sempat duk belek2 kat ebay jumpa la satu coin.. pada pandangan saya nampak 'karat' tapi terkejut dengan gred yg di berikan!

Terasa diri makin kerdil dalam bab numismatik ni :(


Dalam lelongan tadi coin ni di jual dengan harga RM235.10 mmg satu harga yang mahal bg Nubis cam saya tapi mungkin amat murah bg otai2


Rasa ingin tau lebih lagi dari segi pengredan sbb kalu dulu pada pandangan saya hanya coin yg licin cun melecun saja layak utk diberikan gred MS60 ke atas (UNC)


Apakah kesan itu sebenarnya? toning??


harap ada la otai2 yang boleh bagi penenrangan tentang kekeliruan ambo ni.

Sunday, 18 May 2014

Draf ebook JUN 2014


AlhamdulilLah, 60% hampir siap. :)

Insyaa Allah ebook ini akan membantu anda mencari item2 yang RRRR (rare) dari ebay!

Semua ini saya catatkan berdasarkan pengalaman dan masa sebenar saya di ebay dan bukannya retorik atau teori semata-mata.

Saya percaya ramai yang telah membeli buku / ebook di pasaran mengenai selok belok urusniaga di ebay tetapi tidak membacanya sampai habis kerana bosan! Betul?

Saya juga seperti anda! tidak suka buku yang hanya di penuhi oleh tulisan sahaja! Terkini saya membeli sebuah ebook di ebay berkenaan dengan ebay dan hasilnya :(

 Jika anda berminat nak baca boleh dapatkannya di sini

KLIK DI SINI atau menghubungi saya terus dengan harga RM2 sahaja!

Semuanya tulisan :) Insyaa Allah bulan hadapan saya akan bagi FREE je bagi setiap buku eBook JUN 2014.

Setakat hari ini lebih dari 30 item telah saya beli dari ebay dengan harga yang berpatutan dan lebih rendah dari harga pasaran.

Setiap item ini tadi saya akan kongsikan bersama-sama anda semua di blog dan FB saya (https://www.facebook.com/rusdi.jusoh.752)

Jangan lepaskan peluang mendapatkan eBook JUN 2014 saya nanti pada 1 Jun 2014.

Jika anda berminat untuk mendapatkan eBook May 2014 sila klik di sini, terima kasih.

Saturday, 10 May 2014

10 sen 1971 (3)


AlhamdulilLah hari ini saya ingin berkongsi syiling misteri 10 sen 1971. :) sebelum ini ada sesetengah pihak menyatakan bahawa terdapat 'emas putih' di dalamnya, ada juga yg menganggap ianya dari alam bunian dan macam2 lagi.

Secara logiknya 10 sen 1971 ini di cari kerana keluarnya teramat sedikit iaitu 32,236 keping sahaja! berbanding dengan tahun2 yg lain sbg contoh 1979 di keluarkan sebanyak 50,633,326 keping!

Walaubagaimanapun lebih mencabar lagi dlm pemburuan syiling ini ialah variety nya. Setakat di ketahui sehingga kini hanya ada 3 variety, di beri nama V1, V2, dan V3.

Jom kenali variery2nya agar kita tidak terperdaya :) kenapa? Kerana harganya juga berbeda :)


Secara mudahnya kita hanya perlu kenali 2 tempat sahaja jika kedua-dua tanda itu tiada maka 10 sen itu V1.


V2 mempunyai dot (perlu di lihat guna kanta) di atas huruf L pada perkataan MALAYSIA


Manakala V3 mempunyai lebihan metal di dalam 0

Itu sahaja penerangan ringkas yg mampu saya kongsikannya. AlhamdulilLah, memiliki 10 sen 1971 memberi kepuasan yang amat sangat sebagai seorang numismatis (beginner) 

Kini pemburuan saya mencari RM1 'AISHAH' yg juga misteri di kalangan peminat mistik :) Insyaa Allah lebih banyak info mengenai numismatik akan saya kongsikan di sini.

Oh ya, mengenai dengan harga V1, V2, dan V3 terus terang saya katakan jika anda bertuah maka anda boleh mendapatkan sehingga 4 angka :) yang penting ilmu pemasaran yg betul.

[ home ] 



Tuesday, 29 April 2014

Awas Syiling Palsu!

1/3 cent & 3/4 cent satu nilai yg hebat. Tetapi awas mungkin ianya palsu.

Coin palsu beredar di pasaran mencari mangsa yg kurang ilmu. Sikap kurang berhati2 dan gelojoh utk memilikinya mungkin menyebabkan anda muflis!

Pengalaman saya ingin di kongsi bersama agar anda tidak rugi. Jika anda di tawarkan coin dgn harga yg lebih dr RM100 saya syorkan bertanya dahulu ttg coin tersebut.

Biasanya coin yg mahal kondisinya amat cantik, tempaannya halus dan tidak "tergesa2 utk di lepaskan"

Jika anda perhatikan coin di atas wajah Queen dan King langsung tidak real, sedangkan kebanyakkan coin di tempa dgn ukiran wajah yg hampir sempurna.

Selain itu info mengenai ukuran dan berat juga boleh menentukan kesahuhkan coin tersebut. Insyaa Allah info ringkas ini diharap dpt memberi kewaspadaan yg lebih kpd anda.

Friday, 25 April 2014

Suku Sen @ 1/4 cent Straits Settlements

Pagi ini ingin saya kongsikan ttg coin Straits Settlements (SS) bernilai 1/4 cent yg ada dlm simpanan saya.

1/4 cent Queen Victoria (1867 - 1901) di keluarkan pd thn 1872, 1873, 1875, 1883, 1884, 1889, 1890, 1891, 1898, 1899 dan 1901. Ia tempa menggunakan copper (1872 - 1883) dan bronze (1884 - 1901).

Tahun keluaran yg di cari ialah 1873 & 1883.

1/4 cent SS King Edward VII (1901 - 1910) tiada dlm simpanan saya setakat ini.

1/4 cent King Goerge V (1910 - 1936) hanya di kelurkan pd tahun 1916. Di buat drpd bronze.

Harga coin ini bergantung kepada kondisi dan kesukaran mendapatkannya.