Showing posts with label mh370. Show all posts
Showing posts with label mh370. Show all posts

Saturday, 10 May 2014

10 sen 1971 (3)


AlhamdulilLah hari ini saya ingin berkongsi syiling misteri 10 sen 1971. :) sebelum ini ada sesetengah pihak menyatakan bahawa terdapat 'emas putih' di dalamnya, ada juga yg menganggap ianya dari alam bunian dan macam2 lagi.

Secara logiknya 10 sen 1971 ini di cari kerana keluarnya teramat sedikit iaitu 32,236 keping sahaja! berbanding dengan tahun2 yg lain sbg contoh 1979 di keluarkan sebanyak 50,633,326 keping!

Walaubagaimanapun lebih mencabar lagi dlm pemburuan syiling ini ialah variety nya. Setakat di ketahui sehingga kini hanya ada 3 variety, di beri nama V1, V2, dan V3.

Jom kenali variery2nya agar kita tidak terperdaya :) kenapa? Kerana harganya juga berbeda :)


Secara mudahnya kita hanya perlu kenali 2 tempat sahaja jika kedua-dua tanda itu tiada maka 10 sen itu V1.


V2 mempunyai dot (perlu di lihat guna kanta) di atas huruf L pada perkataan MALAYSIA


Manakala V3 mempunyai lebihan metal di dalam 0

Itu sahaja penerangan ringkas yg mampu saya kongsikannya. AlhamdulilLah, memiliki 10 sen 1971 memberi kepuasan yang amat sangat sebagai seorang numismatis (beginner) 

Kini pemburuan saya mencari RM1 'AISHAH' yg juga misteri di kalangan peminat mistik :) Insyaa Allah lebih banyak info mengenai numismatik akan saya kongsikan di sini.

Oh ya, mengenai dengan harga V1, V2, dan V3 terus terang saya katakan jika anda bertuah maka anda boleh mendapatkan sehingga 4 angka :) yang penting ilmu pemasaran yg betul.

[ home ] 



Wednesday, 7 May 2014

Modal Iklan Cuma 48 SEN!!!


AlhamdulilLah... hari ni genap seminggu bulan May saya berniaga secara SISTEMATIK di internet. Target mingu ni jualan sebanyak RM1k tetapi tidak kesampaian hanya separuh sahaja iaitu RM500 melalui 'design' FB (kastemer mohon tidak di dedahkan namanya)

Apa itu 'design' FB? Mungkin istilah saya berbeda dengan org lain, saya maksudkan design FB ialah bagaimana mencorakkan bisnes anda agar di kenali dan seterusnya melonjakkan bisnes anda.

Saya tampilkan contoh bagaimana saya memasarkan Buku Elektronik saya berkaitan bisnes di internet (klik di sini) dengan mengeluarkan modal yang sedikit pada hari ini (RM0.48) iklan tersebut sudah sampai kepada 288 pengguna FB dan menarik minat 16 orang untuk meneruskan pembacaan mengenainya.

Insyaa Allah saya akan detailkannya pada tulisan akan datang.

Jika anda berminat untuk berniaga di Internet dengan SISTEM yang betul sila dapatkan buku-elektronik ini dengan segera.

Maklumat lanjut klik di bawah. Terima kasih



Thursday, 1 May 2014

Pitis Purba Untuk 100 Pesanan Terawal!

 Alhamdulillah, 4 jam saya perlukan untuk menulis sebuah bacaan paling ringkas di sertakan dengan TEORI dan PRAKTIKAL tentang kejayaan BISNES saya pada bulan APRIL 2014.

TEORI dan PRAKTIKAL itu saya ingin kongsikan buat kawan-kawan yang telah lama inginkan berbisnes di internet tetapi tiada asas ATAU telah lama berbisnes tapi tidak pernah berjaya!

Percayalah! bacaan ini mampu mengubah persepsi anda terhadap apa yang di maksudkan dengan Bisnes di Internet.

Bacaan ini telah saya ringkaskan dan tidak memasukkan langsung angan-angan Mat Jenin seperti mana yang biasa anda baca di Internet

"Dapatkan RM500 - RM5,000 dengan hanya mendaftar dan goyang kaki sahaja"

Saya tidak sanggup menipu anda demi mencari keuntungan sementara. Saya tidak menjanjikan retorik sebaliknya bacaan ini adalah plan saya pada Bulan Mei 2014 ini. Di mana saya telah berjaya mencapai target jualan RM500 pada April lepas kini saya target RM1,000 pada minggu pertama bulan Mei ini!

Buku ini hanya setebal 22 muka surat sahaja! Tidak banyak tulisan, dan saya telah mengulangi bacaannya hanya 30 minit di perlukan untuk memahaminya (bergantung kepada kemahiran bacaan seseorang)


Selepas bacaan ini saya yakin anda mampu mensasarkan bulan MAY 2014 ini sebagai bulan anda berniaga di Internet! JAMINAN WANG DI KEMBALIKAN jika anda tidak berjaya!

TAWARAN INI HANYA UNTUK 100 ORANG PERTAMA SAHAJA!

JIKA ANDA PESAN SEKARANG ANDA LAYAK UNTUK MENERIMA SEBUAH TANDA KENANGAN DARI SAYA BERUPA SEKEPING PITIS KESULTANAN MELAYU 100 TAHUN DAHULU (selagi stok masih ada)

HARGA BUKU INI HANYA RM20.00 SAHAJA

CARA PESANAN :
1. SILA BUAT BAYARAN TERUS KE AKAUN 

MAYBANK
NAMA : RUSDI BIN JUSOH
AKAUN : 163046265762

BANK ISLAM
NAMA : RUSDI BIN JUSOH
AKAUN : 03090020120456 

2. HANTARKAN BUKTI BAYARAN 

- INBOX DI FACEBOOK SAYA : https://www.facebook.com/rusdi.jusoh.752
- WHATSAPP : 0111-239-5-238 (RUSDI)
- EMAIL rusdibinjusoh@gmail.com

3. HANTARKAN ALAMAT EMAIL ANDA UNTUK PENGHANTARAAN EBOOK INI

SEKIAN TERIMA KASIH.
SEMOGA KITA SEMUA KAYA DAN BERJAYA!!

Tuesday, 29 April 2014

25,000 keping sahaja!

Harganya hny RM2.50 tetapi hny boleh di beli sekeping sorang. Apakah jika anda memilikinya lalu ada org ingin membelinya dr anda maka anda akan menjualnya dgn hatga RM2.50?

Inilah peluang menjana pendapatan, saya yakin akan ada tawaran sehingga RM20 / keping slps habis jualannya di pejabat pos.

Pengumpul tegar sanggup berhabisan utk mendapatkan sesuatu yg rare.

Cuma saya masih menunggu agar Kerajaan juga mengeluarkan commemorative coin lawatan Obama ke Malaysia :-)

Monday, 28 April 2014

Kapal Terbang Terhempas (update 2.45 pm)

Kapal terbang pelatih Asia Flight Training Centre yg berpengkalan di Pengkalan Chepa terhempas berhampiran Taman Kurnia Jaya sebentar tadi.. Pilot terselamat hanya cedera ringan. Berita lanjut akan di beritahu kemudian...

lagi gambar..



Nama mangsa Shankar Muthu (pelatih Asia Pacific Flight Training) berumur 20 tahun. Hanya patah kaki dan stabil. mangsa merupakan pelajar tahun 2 dan menerbangkan pesawat seorang diri. Punca nahas belum di kenal pasti.

lagi gambar..



Friday, 25 April 2014

Suku Sen @ 1/4 cent Straits Settlements

Pagi ini ingin saya kongsikan ttg coin Straits Settlements (SS) bernilai 1/4 cent yg ada dlm simpanan saya.

1/4 cent Queen Victoria (1867 - 1901) di keluarkan pd thn 1872, 1873, 1875, 1883, 1884, 1889, 1890, 1891, 1898, 1899 dan 1901. Ia tempa menggunakan copper (1872 - 1883) dan bronze (1884 - 1901).

Tahun keluaran yg di cari ialah 1873 & 1883.

1/4 cent SS King Edward VII (1901 - 1910) tiada dlm simpanan saya setakat ini.

1/4 cent King Goerge V (1910 - 1936) hanya di kelurkan pd tahun 1916. Di buat drpd bronze.

Harga coin ini bergantung kepada kondisi dan kesukaran mendapatkannya.

Thursday, 24 April 2014

Terus Berniaga...

Kelmarin dpt RM30, semalam RM50 so hari ni saya masih mengulangi perkara semalam dan kelmarin agar item yg saya bisneskan pd hari ni laku dgn harga RM50.
Setakat ini saya baru ada 1 lot (3item), sdg mencari beberapa lg item utk saya lepaskan sbg simpanan rakan2. Target utk bulan ni ialah RM500 berbaki lg 7 hari, Insyaa Allah.
Mampukah saya capai target? Tindakan luar biasa akan buahkn hasil yg luar biasa. Yg perting sistemnya betul dan impian utk membantu org lain di utamakan.
Anda masih duk dalam "lubang" selesa? Duk la diam2 situ, harap jgn di perlekeh usaha mereka yg nak keluar ;) pastu jaga mulut jgn cepat mengata dan mengeji manusia yg ada target utk berjaya. Mohon terasa :)

Wednesday, 23 April 2014

FDC Singapore Coin

Lagi cerita ttg FDC, saya amat tertarik dgn setiap item yg berkaitan banknote termasuklah FDC yg menggunakan coin sbg setem.

Kumpul FDC dan coin selaian drpd hobi yg menggembirakan ia juga dpt menjana pendapatan. Masalahnya di tempat saya masih rendah kadar keminatan (betul ke penggunaan) terhadap hobi ini.

Apakah di sebabkan kurang pemdedahan? Peruntukan yg sedikit? atau malas nak mengkaji? Tidak boleh di nafikan masih ada yg merasakan hobi ini takde faedah.

Maka tujuan saya menulis di sini ialah memberi pendedahan ttg keindahan seni numismatik fan filateli. :)

Harga di ebay USD$20

Pada mulanya saya tidak ngerti camana mau baca 'soepaja' selepas berulang kali baru saya faham maksudnya 'supaya' oe = u, j = y. Kad ini saya dapatkan dari peniaga sampul2 lama. Tertera di situ ia di chop 28.5.30, apakah maksudnya ia bertarik 28 May 1930?


Saya melakukan beberapa carian ttg kad ini dan antara hasilnya utk di kongsi bersama... di dalam artikel Netherlands Philately volume 31/4 ada menceritakan sediki sebanyak berkenaan item tersebut.


Jika anda berminat utk  mengetahuinya lebih lanjut boleh rujuk di sini :) 


Kami mengalu2kan perkongsian maklumat, jika anda ada maklumat tambahan sila kongsi :)

[ home ]


Untung RM30


Alhamdulillah..hari pertama bisnes di online dengan SISTEM yang telah saya belajar dulu akhirnya membuahkan hasil. 3 lot (6 item) di lelong 1 terjual 2 lagi belum terjual yang pastinya mesti di buat post mortem, mencari di mana silapnya teknik pemasaran yang telah saya gunakan.

Mentor : saya dah jumpa orang yg layak menunjuk ajar kpd saya bagaimana utk mendapatkan 1 juta
Elmu : saya dah dpt ilmu yg di gunakan oleh beliau utk dptkan 1 juta
Sistem : saya sudah siapkan carta alir bagaimana utk mendapatkan 1 juta :)
Tindakan : saya sedang bertindak sekarang
Impian : saya MESTI dapat 1 JUTA pada 25 April 2019 Insya Allah (5 tahun dari sekarang)

Kpd rakan2 yg berbisnes, nasihat saya agar visi kita biar jelas :) jika visi anda kabur masakan anda mampu membuat satu sistem (jalan) utk meralisasikannya. Jika sistem tersebut pun gagal kita khayalkan masakan kita mampu bertindak!

Jika anda tidak mampu berIMPIAN, membuat SISTEM, dan lembab berTINDAK maka cari lah MENTOR yang mampu mengajar anda ELMUnya :)

Jangan lupa untuk terus bersama saya bagi menimba ilmu mengenai bisnes.

[ home ]

Tuesday, 22 April 2014

FDC..? Xtau ? Kena baca

FDC yg sempat saya kumpul. Bila melihat item ni buatkan hati teringat kpd MH370. Sudah sekian lama misteri trrsebut belum terungkai. Insyaa Allah kita doakan yg terbaik.

Ada kawan tanya adakah saya juga meminati setem, bg saya sampul surat bersetem lg saya skua dr sekedar setem. Ilmu ini saya baru dpt pd sabtu lps. Mula2 saya di beri faham ttg FDC oleh Rafie dan pada masa itu saya pun beli 3 4 kpg yg saya ada kaitan dgn jiwa saya.

Tetapi selepas beberapa jam saya berjumpa dgn satu grup (4 -5 org) yg asyik duk pilih sampul surat yg tak cantik, bersetem lama, di cop dan paling saya terkejut tahunnya yg begitu lama, ada yg sebaya pitis Kelantan.

Insya Allah saya akan cerita lebih lanjut di post akan dtg. Jangan lupa sentiasa melayari http://akumesti.blogspot.com

Lupa saya nak terangkan.. FDC tu maksudnya First Day Cover / Sampul Surat Hari Pertama.

Commemorative Coin : Malaysian Armed Forces 80th Anniversary

The origin of the Malaysian Armed Forces dates back to the formation of the Malay Regimen on 1 March 1933. With the formation of Malaysian on 16 September 1963, The Regiment was officially known as the Malaysian Armed Forces. 


Eight decades have passed which saw the Malaysian Armed Forces evolved from the colonial to a Full Spectrum Force. The long and arduous journey was not one without the sacrifice of blood, toil, sweat and tears as Malaysians were able to enjoy peace while prospering from the peaceful environment maintained by the Malaysian Armed Forces


Today, the Armed Forces continues to serve the nation on the ever shifting geo-strategic environment, domestically and also beyond our shores.

With states-of-the-art technology in implementing the man, machine and method approach, the Malaysian Armed Forces continues to preserve peace in the country and contribute to nation building.


This coin was minted to commemorate the Armed Forces' eight decades of evolution toward becoming a Full Spectrum Forces. It serves to remind us of the sacrifices, efforts and legacy of the forebeares of Malaysian Armed Forces.

The three platforms depicted on the coin : the PT-91 Pendekar Main Battle Tank, The Scopene Submarine and the Sukhoi Su-30M Fighter Aircraft reflect the integration of the surface, subsurface and aerospace dimensions of the modern battle.


This Coin is a testimony to the Malaysian Armed Forces' endeavor to be a modern and effective Full Spectrum Force.


Monday, 21 April 2014

RM1 bernilai RM10?

Anda masih ada wang kertas ni? Nasihat saya simpanlah jika anda ada yg berkondisi VF (very fine) ke atas. Kenapa?

1. Mana tau kot2 30 tahun lagi beharga lebih dr RM2, atau;
2. Sebagai kenangan untuk anak cucu kita, atau!
3. Simpanan @ pelaburan masa dpn.

Saya hanya mampu kemukakan 3 alasan knp perlu simpan tetapi saya yakin anda ada 1000 alasan knp tidak perlu :)

Tidak perlu huraikan alasan tersebut kerana saya yakin jika 30 tahun dahalu (1984) jika arwah bapa saya sempat (saya bkn salahkan beliau tp sbg jawapan utk alasan) menyimpan 8 kpg $1 siri ke-5 signed by Aziz Taha nescaya saya boleh menjualnya dgn harga RM10/keping pd masa sekarang.

Tapi apakan daya semua banknote dan coin yg pernah saya simpan dlm almari mak saya 20 tahun lepas tlh hilang kerana saya tdk tahu ilmu menjaga coin dan banknote. Ilmu numismatik tidak sampai ke dlm keluarga kami.

Mmg ada notes lama tetapi kondisi poor - fine sahaja. Oleh itu supaya sejarah tidak berulang, agar anak2 ku gembira di masa dewasanya nanti, maka saya akan terus simpan item yg mudah di dapati sebelum pupus.

Duit Gaji Dah Habis? Jom Berubah.

Petang td saya belek balik ilmu yg saya dpt 1 thn lps berkaitan pemasaran. Pakar Pemasaran Malaysia Dr. Azizan Osman tlh mengajar segalanya tetapi saya baru boleh memecahkan tembok zon selesa slps setahun.

"Catatlah sbrg urusniaga walaupun RM1 kerana itulah asas utk urusniaga bernilai RM1,000,000"

Jgn kita abaikan urusniaga yg sekecil mana pun, jika yg sekecil ini tdk mampu di uruskan secara sistematik masakan mampu yg lebih besar nilainya.

Maka td saya tlh sediakan buku untuk catat semua item numismatik dlm simpanan saya. Setiap urusniaga akan di sertakan resit dan buku lejar ;)

Jom kita semua berubah... kita MESTI catat semuanya kerana saya yakin ada di antara anda yg senasib dgn saya :)

Jangan lupa layari setiap masa http://www.akumesti.blogspot.com

Untung RM370 Setiap Hari


Dengan ketinggian 20 ribu kaki maka terputus la segala hubungan dalam talian, erkkk masa ni la kena berbalik kepada cara lama untuk tambah ilmu.. BACA BUKU.

Alhamdulillah 55 min perjalanan sempat la habiskan 2 bab. Sedikit cerita ttg buku ni. Saya beli masa kat Amcorp dari sorang pakcik Cina. Dia cakap dia sudah lama berniaga di flea market kat situ dan sudah manyak untunggg dapat :)

Pastu dia syorkan saya baca buku ni heheheh ayat promosi tu mmg cun dan mampu membuatkan saya buka wallet dan terus bayar tanpa fikir panjang. Dalam otak hanya tergambar mesti kalau baca buku ni dapat untung manyaakkkk. Memang TEPAT!!!! hanya 2 bab baca mmg betoi kata Pakcik Cina tu mmg buku ni sapa2 baca mmg terbaekkkk.

Antara kefahaman saya dpt dari buku tersebut ialah hari2 adalah bisnes, setiap jam adalah bisnes, setiap menit adalah bisnes, setiap saat adalah bisnes :) yang penting dalam kepala otak mesti pikir bisnes.

Di zaman skrg (dalam buku tu takder la sbb masa tu tahun 1969) ramai yg guna internet (blog, fb, twit dsb) tapi adakah untuk bisnes? itu soalan yang perlu kita soal diri kita sendiri. Jangan berbicara soal untun RM370 jika satu item pun anda tak pernah pikir untuk di bisneskan :)

Oh ya lupa nak bagi tau... buku yang mampu beri untung RM370 ni di jual kepada saya dengan harga RM3 :).

Nak tahu lebih lanjut sentiasalah mengikuti perkembangan di http://akumesti.blogspot.com/

VJ : Palsu vs Original

AlhamdulilLah, kunjungan pertama saya ke Trigometric Sdn Bhd amat berbaloi kerana dpt ilmu bagaimana untuk membezakan Japanese Invation Money (JIM) yang original atau palsu. Ilmu yg berdasarkan fakta bukanya auta.


Terima kasih buat uncle (lupa nama) yg bersemangat menceritakan ttg perbedaan itu termasuk contoh sekali ;). Antara yang saya ingat perbedaannya ialah tulisan VJ yang sempurna adalah palsu. (anda boleh melayari Page Japanes Invation Money Society untuk maklumat lanjut  https://www.facebook.com/JapaneseMalaya )



Kini saya sedang mencari buku "The Japanese Occupation Of Malaya (Singapore) and Its Currency" utk simpanan dan rujukan saya berkaitan 'duit Jepun'


Antara yang menarik di dalam buku tersebut, di ceritakan sejarah termasuk imej2 perbedaan antara palsu dan original.


Tulisan MALAYAN pada note JIM juga merupakan satu perkara yang perlu di perhatikan untuk memastikan ukurannya tepat (57mm). Semua perkara ini perlu di teliti sebelum mengambil keputusan mengeluarkan belanja yang banyak untuk membelinya agar anda tidak muflis :)

Bagi anda yang baharu ingin menceburi diri dalam dunia Numismatic, pastikan anda ada Mentor, di tambahkan lagi dengan Elmu, Sistem mengumpul coin / banknote amat penting setiap item perlu ada rekod. Tindakan membeli coin / banknote hendaklah tepat! dan akhir sekali Impian untuk menyempurnakan koleksi anda mestilah suci murni. Jauhkan sengketa sesama kita :)




Sunday, 20 April 2014

Usaha-Wang

19 April 2014, 9.00 pg saya dh terpacak kat sini sementara menantikan meja2 jualan di buka. Tea tatik dan tossay pelapik perut agar ada energy utk melayari episod numismatik ini.


Saya di temani rakan numis, Rafie dan Faiz sempat menghabiskan masa bincang soal membantu rakan2 yg berminat utk memulakan hobi yg pelik ini. Support dr segi sumber rujukan, aksesori dan item2 dgn harga patut. 


Teruja jugak la bila sifu wat keluar silver coin, makan pun x abis kenyang dgn tgk Silver Coin je hehhehe. Utk melengkapkan koleksi ini mmg komitmen dan kemahiran ttgnya wajib ada. Kewujudan fake coin boleh menyebabkan anda muflis tanpa ilmu :)


Paling best dpt jmp dgn top seller. Kenal tak? Prof Banknote & Bardzaman. Sempat la borak2 share info bout dunia numis. Terasa kerdil diri ni.


Lama jugak la masa saya duk round2 kat sini, belum naik tingkat atas lagi ;) the story makin hot. Mana taknya saya sempat menebual penulis buku numis terkenal, K.N. Boon :) jhn lupa ikuti tulisan saya utk membaca perkongsian yg sgt RRRR.

Friday, 18 April 2014

Buat Duit Dengan Duit

Di alam maya mcm2 perkara berlaka minggu ni bermacam2 words jd trending #KarpalSingh #mh370 #hudud #anwar #gst dan mcm lg. Pelayarnya pulak dgn mcm2 ragam, itu hak masing2

Tapi tidakkah kita merasa kerugiaan jika internet yg kita byr setiap bulan di balas dgn ganjaran spt duit? Anda guna internet berjam2 tiba2 dpt duit. :)

Saya tidak syorkan sertai program2 cari ahli atau beri modal goyang kaki dpt untung. Bg saya itu semua ada kekeliruan.

Malam ni saya cuma nak perkenalan kpd kawan2 yg membaca artikel ini ttg satu hobi yg mentsunamikan alam maya ni iaitu Duit buat Duit.

Hobi mengumpul wang (lama, baru, error, dll) kini boleh menjana pendapatan lumayan. Macamna mahu mulakan? Pecahkan tabung anda ;) cari syiling Malaysia yg rare, cthnya 1 sen 1970, 10 sen 1971, 20 sen 1970, 50 sen 1995 dll. Selepas itu anda perlu tambah sedikit lg ilmu bagaimana nak memasarkan syiling tersebut.

Insyaa Allah di lain masa saya akan terangkan teknik memasarkan syiling dan pulangannya pasti mengejutkan anda.

Foto : koleksi syiling peringatan, replica kijang Kelantan, syiling Malaysia siri ke 3 dan wang kertas Malaysia siri ke 13 yg saya borong di Sasana Kijang utk di kongsikan dgn rakan2 peminat tegar numismatik (semua item telah ada pemiliknya!, berminat? )

Senyumlah Kuala Lumpur

Tajuk cam lagu Alleycats tp ni bab lain hehehe.. beruntunglah org duk KL... bertebarang di muka bumi cari rezeki pastu ramai yg pemurah kat sini.

Ari ni berpeluang solat Jumaat di Masjid Jamek lama benor dah saya x solat di sini, teringat kisah silam masa kerja di KL dulu 8 bulan sempat cari rezeki di KL. Smapai sini duk perati gelagat manusia ada yg memberi dan ada yg menerima :)

Selepas selesai Solat Jumaat sempat luang masa jap dalam majlis Selawat yg di anjurkan oleh pihak masjid. Kenapa saya tergerak hati nak join? Erm ntah la maybe sbb rasa kerinduan kepada Nabi Muhammad. Itu je jawapan yg terdetik di hati ini jika di tanya sebabnya.

Apa saya dpt? :) maybe pasni ada keajaibannya...itulah pesan guru saya... hadirlah program zikir insyaa Allah ada hik ahnya.

Tersenyum melihat bangunan berjarah ini masih di pelihara

Kokah wuduk yg penuh nostalgia... berwuduk sini x membazir air

Pemberi dan penerima 

Masjid Selawat bersama kumpulan Inteam

Wednesday, 16 April 2014

1 di balas 10

Percayakah anda bahawa 1 kebaikan akan di balas 10 kebaikkan? Cuba la ;) jika anda seorang Muslim maka lebih wajar lagi anda praktikkannya.

Sebelum bersedekah kena selidik gak, jgn tertipu dgn sindiket, surat kebenaran asli dan yg penting bermuka manis :).

Kalau xnak bersedekah paling tidak senyum la kpd pemintanya. Jgn halau, jgn herdik jgn hinanya. Mereka jg ada maruah. Jom beritahu diri anda AKU MESTI BERSEDEKAH :)