Showing posts with label azizan osman. Show all posts
Showing posts with label azizan osman. Show all posts

Saturday, 10 May 2014

PERCUMA! PERCUMA! PERCUMA!

AlhamdulilLah.. Hari ini ulangtahun pertama penerokaan dalam dunia perniagaan di internet secara SISTEMATIK.

"Lubang Selesa" masih belum ku tinggalkan walaupun dah setahun, kerana perancangan untuk keluar dari sana mengambil masa sehingga aku berumur 40 tahun.

Baki 5 tahun lagi akan ku guna sepenuhnya utk membantu diriku sendiri agar bermanfaat kpd org lain.
Apa guna hanya mengeluh 'kesian' pd yg susah jika aku tidak mampu membantunya?

Apa guna asyik salahkan org lain sedangkan aku xberusaha setapak ke hadapan?

Terima kasih buat sahabat semua yg support bisnes saya, jutaan terima kasih buat sifu Dr Azizan Osman yg mengajar ELMU ni.

Paling ku tak lupakan jasa kedua ibubapaku yg mencorakkan hidupku begini! AlhamdulilLah

So, sempena hari baik bulan baik terasa ingin bagi free :-)

"TIPS MEMPROMOSIKAN BARANGAN ANDA DENGAN HARGA SERENDAH RM3 SEHARI DI FACEBOOK"

Caranya :

Hantarna Nama dan Alamat ke :

Telefon : 0111-239-5-238 (Rusdi)


TAWARAN TERBUKA DARI 10 - 12 MEI 2014 SAHAJA!!!


Thursday, 8 May 2014

Berapa kali anda TERTIPU dengan BISNES di Internet?


Adakah anda periksa pembeli / penjual sebarang item di internet? Bagaimana anda mempercayainya? Atau anda pernah kena tipu?

Oleh kerana byk sgt kes penipuan di internet maka saya terpaksa sertakan feedback yang saya dapat melalui urusniaga di Ebay yang mana saya mula aktif sejak 9 Jan 2014 (akaun Jarisepuluh). 36 urusniaga yang telah di buat semuanya POSITIF!!


 

Saya terpaksa akui kegilaan berurusniaga tanpa SISTEM menyebabkan saya mengalami kerugian! akhirnya pada minggu terakhir bulan April saya mengambil keputusan utk berniaga secara bersistem!

AlhamdulilLah pada bulan Mei 2014 saya lebih fokus dan dapat mengawal aliran tunai dengan baik. Semua ini saya kongsi dalam semua buku ringkas.

Anda boleh dapatinya dengan klik pada link di bawah. Terima kasih.









Thursday, 1 May 2014

Pitis Purba Untuk 100 Pesanan Terawal!

 Alhamdulillah, 4 jam saya perlukan untuk menulis sebuah bacaan paling ringkas di sertakan dengan TEORI dan PRAKTIKAL tentang kejayaan BISNES saya pada bulan APRIL 2014.

TEORI dan PRAKTIKAL itu saya ingin kongsikan buat kawan-kawan yang telah lama inginkan berbisnes di internet tetapi tiada asas ATAU telah lama berbisnes tapi tidak pernah berjaya!

Percayalah! bacaan ini mampu mengubah persepsi anda terhadap apa yang di maksudkan dengan Bisnes di Internet.

Bacaan ini telah saya ringkaskan dan tidak memasukkan langsung angan-angan Mat Jenin seperti mana yang biasa anda baca di Internet

"Dapatkan RM500 - RM5,000 dengan hanya mendaftar dan goyang kaki sahaja"

Saya tidak sanggup menipu anda demi mencari keuntungan sementara. Saya tidak menjanjikan retorik sebaliknya bacaan ini adalah plan saya pada Bulan Mei 2014 ini. Di mana saya telah berjaya mencapai target jualan RM500 pada April lepas kini saya target RM1,000 pada minggu pertama bulan Mei ini!

Buku ini hanya setebal 22 muka surat sahaja! Tidak banyak tulisan, dan saya telah mengulangi bacaannya hanya 30 minit di perlukan untuk memahaminya (bergantung kepada kemahiran bacaan seseorang)


Selepas bacaan ini saya yakin anda mampu mensasarkan bulan MAY 2014 ini sebagai bulan anda berniaga di Internet! JAMINAN WANG DI KEMBALIKAN jika anda tidak berjaya!

TAWARAN INI HANYA UNTUK 100 ORANG PERTAMA SAHAJA!

JIKA ANDA PESAN SEKARANG ANDA LAYAK UNTUK MENERIMA SEBUAH TANDA KENANGAN DARI SAYA BERUPA SEKEPING PITIS KESULTANAN MELAYU 100 TAHUN DAHULU (selagi stok masih ada)

HARGA BUKU INI HANYA RM20.00 SAHAJA

CARA PESANAN :
1. SILA BUAT BAYARAN TERUS KE AKAUN 

MAYBANK
NAMA : RUSDI BIN JUSOH
AKAUN : 163046265762

BANK ISLAM
NAMA : RUSDI BIN JUSOH
AKAUN : 03090020120456 

2. HANTARKAN BUKTI BAYARAN 

- INBOX DI FACEBOOK SAYA : https://www.facebook.com/rusdi.jusoh.752
- WHATSAPP : 0111-239-5-238 (RUSDI)
- EMAIL rusdibinjusoh@gmail.com

3. HANTARKAN ALAMAT EMAIL ANDA UNTUK PENGHANTARAAN EBOOK INI

SEKIAN TERIMA KASIH.
SEMOGA KITA SEMUA KAYA DAN BERJAYA!!

Wednesday, 30 April 2014

Fast Action, Fast Result!

Tinggal kurang dr 24 jam saja lg target saya utk dptkan RM500 minggu ni dlm bisnes di internet utk minggu ni (7hari) samada berjaya atau tidak.

Utk bulan May saya mensasarkan jualan RM1,000 utk minggu pertama. Oleh sbb itu saya perlukan satu talian internet yg laju, so ari ni pasang TM utk lancarkan bisnes ini.

Jika anda berminat utk mengetahui bisnes apakah itu,nantikan kemunculan buku pertama saya awal bulan May ini berkaitan bisnes di internet secara real-time.

Ia amat berbeza dgn model bisnes di internet yg lain kerana anda dpt melihat bukti bisnes yg saya lakukan (bukan sekadar teori). Dan yg penting teknik yg say gunakan.

Jumpa pasni lak...selamat menyambut hari pekerja.

Thursday, 24 April 2014

Terus Berniaga...

Kelmarin dpt RM30, semalam RM50 so hari ni saya masih mengulangi perkara semalam dan kelmarin agar item yg saya bisneskan pd hari ni laku dgn harga RM50.
Setakat ini saya baru ada 1 lot (3item), sdg mencari beberapa lg item utk saya lepaskan sbg simpanan rakan2. Target utk bulan ni ialah RM500 berbaki lg 7 hari, Insyaa Allah.
Mampukah saya capai target? Tindakan luar biasa akan buahkn hasil yg luar biasa. Yg perting sistemnya betul dan impian utk membantu org lain di utamakan.
Anda masih duk dalam "lubang" selesa? Duk la diam2 situ, harap jgn di perlekeh usaha mereka yg nak keluar ;) pastu jaga mulut jgn cepat mengata dan mengeji manusia yg ada target utk berjaya. Mohon terasa :)

Wednesday, 23 April 2014

FDC + Coin = RM33


Jumpaan yang membuatkan saya teruja. Pada 1980 Kerajaan telah mencetak sekeping Syiling Peringatan Sambutan Ma'al Hijrah Abad ke-15 Hijrah dan juga telah mengeluarkan FDC nya.

Satu koleksi yg amat sesuai di simpan kerana harganya masih belum melonjak naik. FDC ni saya beli dengan harga RM8 dan Syiling tersebut dgn harga RM25. Total + RM33.

Di jual? Ya memang sekarang saya sedang melelong syiling (syiling sahaja!) tersebut, klik di sini . Syiling Peringatan Ma'al Hijrah boleh di dapati di kedai2 Numismatik atau pengumpul, cuma masalahnya harganya yg berbeda bergantung kepada kondisinya.

Bisnes item numismatik amat sesuai di jalankan memandangkan negara kita sekarang dalam keadaan yang aman dan ekonomi pun stabil. Di jangka selepas bulan 6 harga2 item numismatik akan terus melonjak terutamanya item RARE.

Untuk menambah 'harga' barangan anda (add value) maka FDC adalah satu item yang sesuai. Ada beberapa lagi item numis yang boleh di gabungkan dengan FDC utk di bisneskan. Insya Allah saya akan berkongsi di lain post.

[home]

Untung RM30


Alhamdulillah..hari pertama bisnes di online dengan SISTEM yang telah saya belajar dulu akhirnya membuahkan hasil. 3 lot (6 item) di lelong 1 terjual 2 lagi belum terjual yang pastinya mesti di buat post mortem, mencari di mana silapnya teknik pemasaran yang telah saya gunakan.

Mentor : saya dah jumpa orang yg layak menunjuk ajar kpd saya bagaimana utk mendapatkan 1 juta
Elmu : saya dah dpt ilmu yg di gunakan oleh beliau utk dptkan 1 juta
Sistem : saya sudah siapkan carta alir bagaimana utk mendapatkan 1 juta :)
Tindakan : saya sedang bertindak sekarang
Impian : saya MESTI dapat 1 JUTA pada 25 April 2019 Insya Allah (5 tahun dari sekarang)

Kpd rakan2 yg berbisnes, nasihat saya agar visi kita biar jelas :) jika visi anda kabur masakan anda mampu membuat satu sistem (jalan) utk meralisasikannya. Jika sistem tersebut pun gagal kita khayalkan masakan kita mampu bertindak!

Jika anda tidak mampu berIMPIAN, membuat SISTEM, dan lembab berTINDAK maka cari lah MENTOR yang mampu mengajar anda ELMUnya :)

Jangan lupa untuk terus bersama saya bagi menimba ilmu mengenai bisnes.

[ home ]

Monday, 21 April 2014

Duit Gaji Dah Habis? Jom Berubah.

Petang td saya belek balik ilmu yg saya dpt 1 thn lps berkaitan pemasaran. Pakar Pemasaran Malaysia Dr. Azizan Osman tlh mengajar segalanya tetapi saya baru boleh memecahkan tembok zon selesa slps setahun.

"Catatlah sbrg urusniaga walaupun RM1 kerana itulah asas utk urusniaga bernilai RM1,000,000"

Jgn kita abaikan urusniaga yg sekecil mana pun, jika yg sekecil ini tdk mampu di uruskan secara sistematik masakan mampu yg lebih besar nilainya.

Maka td saya tlh sediakan buku untuk catat semua item numismatik dlm simpanan saya. Setiap urusniaga akan di sertakan resit dan buku lejar ;)

Jom kita semua berubah... kita MESTI catat semuanya kerana saya yakin ada di antara anda yg senasib dgn saya :)

Jangan lupa layari setiap masa http://www.akumesti.blogspot.com

Untung RM370 Setiap Hari


Dengan ketinggian 20 ribu kaki maka terputus la segala hubungan dalam talian, erkkk masa ni la kena berbalik kepada cara lama untuk tambah ilmu.. BACA BUKU.

Alhamdulillah 55 min perjalanan sempat la habiskan 2 bab. Sedikit cerita ttg buku ni. Saya beli masa kat Amcorp dari sorang pakcik Cina. Dia cakap dia sudah lama berniaga di flea market kat situ dan sudah manyak untunggg dapat :)

Pastu dia syorkan saya baca buku ni heheheh ayat promosi tu mmg cun dan mampu membuatkan saya buka wallet dan terus bayar tanpa fikir panjang. Dalam otak hanya tergambar mesti kalau baca buku ni dapat untung manyaakkkk. Memang TEPAT!!!! hanya 2 bab baca mmg betoi kata Pakcik Cina tu mmg buku ni sapa2 baca mmg terbaekkkk.

Antara kefahaman saya dpt dari buku tersebut ialah hari2 adalah bisnes, setiap jam adalah bisnes, setiap menit adalah bisnes, setiap saat adalah bisnes :) yang penting dalam kepala otak mesti pikir bisnes.

Di zaman skrg (dalam buku tu takder la sbb masa tu tahun 1969) ramai yg guna internet (blog, fb, twit dsb) tapi adakah untuk bisnes? itu soalan yang perlu kita soal diri kita sendiri. Jangan berbicara soal untun RM370 jika satu item pun anda tak pernah pikir untuk di bisneskan :)

Oh ya lupa nak bagi tau... buku yang mampu beri untung RM370 ni di jual kepada saya dengan harga RM3 :).

Nak tahu lebih lanjut sentiasalah mengikuti perkembangan di http://akumesti.blogspot.com/

Wednesday, 16 April 2014

1 di balas 10

Percayakah anda bahawa 1 kebaikan akan di balas 10 kebaikkan? Cuba la ;) jika anda seorang Muslim maka lebih wajar lagi anda praktikkannya.

Sebelum bersedekah kena selidik gak, jgn tertipu dgn sindiket, surat kebenaran asli dan yg penting bermuka manis :).

Kalau xnak bersedekah paling tidak senyum la kpd pemintanya. Jgn halau, jgn herdik jgn hinanya. Mereka jg ada maruah. Jom beritahu diri anda AKU MESTI BERSEDEKAH :)