Showing posts with label GST. Show all posts
Showing posts with label GST. Show all posts

Saturday, 10 May 2014

10 sen 1971 (3)


AlhamdulilLah hari ini saya ingin berkongsi syiling misteri 10 sen 1971. :) sebelum ini ada sesetengah pihak menyatakan bahawa terdapat 'emas putih' di dalamnya, ada juga yg menganggap ianya dari alam bunian dan macam2 lagi.

Secara logiknya 10 sen 1971 ini di cari kerana keluarnya teramat sedikit iaitu 32,236 keping sahaja! berbanding dengan tahun2 yg lain sbg contoh 1979 di keluarkan sebanyak 50,633,326 keping!

Walaubagaimanapun lebih mencabar lagi dlm pemburuan syiling ini ialah variety nya. Setakat di ketahui sehingga kini hanya ada 3 variety, di beri nama V1, V2, dan V3.

Jom kenali variery2nya agar kita tidak terperdaya :) kenapa? Kerana harganya juga berbeda :)


Secara mudahnya kita hanya perlu kenali 2 tempat sahaja jika kedua-dua tanda itu tiada maka 10 sen itu V1.


V2 mempunyai dot (perlu di lihat guna kanta) di atas huruf L pada perkataan MALAYSIA


Manakala V3 mempunyai lebihan metal di dalam 0

Itu sahaja penerangan ringkas yg mampu saya kongsikannya. AlhamdulilLah, memiliki 10 sen 1971 memberi kepuasan yang amat sangat sebagai seorang numismatis (beginner) 

Kini pemburuan saya mencari RM1 'AISHAH' yg juga misteri di kalangan peminat mistik :) Insyaa Allah lebih banyak info mengenai numismatik akan saya kongsikan di sini.

Oh ya, mengenai dengan harga V1, V2, dan V3 terus terang saya katakan jika anda bertuah maka anda boleh mendapatkan sehingga 4 angka :) yang penting ilmu pemasaran yg betul.

[ home ] 



Tuesday, 22 April 2014

FDC..? Xtau ? Kena baca

FDC yg sempat saya kumpul. Bila melihat item ni buatkan hati teringat kpd MH370. Sudah sekian lama misteri trrsebut belum terungkai. Insyaa Allah kita doakan yg terbaik.

Ada kawan tanya adakah saya juga meminati setem, bg saya sampul surat bersetem lg saya skua dr sekedar setem. Ilmu ini saya baru dpt pd sabtu lps. Mula2 saya di beri faham ttg FDC oleh Rafie dan pada masa itu saya pun beli 3 4 kpg yg saya ada kaitan dgn jiwa saya.

Tetapi selepas beberapa jam saya berjumpa dgn satu grup (4 -5 org) yg asyik duk pilih sampul surat yg tak cantik, bersetem lama, di cop dan paling saya terkejut tahunnya yg begitu lama, ada yg sebaya pitis Kelantan.

Insya Allah saya akan cerita lebih lanjut di post akan dtg. Jangan lupa sentiasa melayari http://akumesti.blogspot.com

Lupa saya nak terangkan.. FDC tu maksudnya First Day Cover / Sampul Surat Hari Pertama.

Monday, 21 April 2014

Untung RM370 Setiap Hari


Dengan ketinggian 20 ribu kaki maka terputus la segala hubungan dalam talian, erkkk masa ni la kena berbalik kepada cara lama untuk tambah ilmu.. BACA BUKU.

Alhamdulillah 55 min perjalanan sempat la habiskan 2 bab. Sedikit cerita ttg buku ni. Saya beli masa kat Amcorp dari sorang pakcik Cina. Dia cakap dia sudah lama berniaga di flea market kat situ dan sudah manyak untunggg dapat :)

Pastu dia syorkan saya baca buku ni heheheh ayat promosi tu mmg cun dan mampu membuatkan saya buka wallet dan terus bayar tanpa fikir panjang. Dalam otak hanya tergambar mesti kalau baca buku ni dapat untung manyaakkkk. Memang TEPAT!!!! hanya 2 bab baca mmg betoi kata Pakcik Cina tu mmg buku ni sapa2 baca mmg terbaekkkk.

Antara kefahaman saya dpt dari buku tersebut ialah hari2 adalah bisnes, setiap jam adalah bisnes, setiap menit adalah bisnes, setiap saat adalah bisnes :) yang penting dalam kepala otak mesti pikir bisnes.

Di zaman skrg (dalam buku tu takder la sbb masa tu tahun 1969) ramai yg guna internet (blog, fb, twit dsb) tapi adakah untuk bisnes? itu soalan yang perlu kita soal diri kita sendiri. Jangan berbicara soal untun RM370 jika satu item pun anda tak pernah pikir untuk di bisneskan :)

Oh ya lupa nak bagi tau... buku yang mampu beri untung RM370 ni di jual kepada saya dengan harga RM3 :).

Nak tahu lebih lanjut sentiasalah mengikuti perkembangan di http://akumesti.blogspot.com/

VJ : Palsu vs Original

AlhamdulilLah, kunjungan pertama saya ke Trigometric Sdn Bhd amat berbaloi kerana dpt ilmu bagaimana untuk membezakan Japanese Invation Money (JIM) yang original atau palsu. Ilmu yg berdasarkan fakta bukanya auta.


Terima kasih buat uncle (lupa nama) yg bersemangat menceritakan ttg perbedaan itu termasuk contoh sekali ;). Antara yang saya ingat perbedaannya ialah tulisan VJ yang sempurna adalah palsu. (anda boleh melayari Page Japanes Invation Money Society untuk maklumat lanjut  https://www.facebook.com/JapaneseMalaya )



Kini saya sedang mencari buku "The Japanese Occupation Of Malaya (Singapore) and Its Currency" utk simpanan dan rujukan saya berkaitan 'duit Jepun'


Antara yang menarik di dalam buku tersebut, di ceritakan sejarah termasuk imej2 perbedaan antara palsu dan original.


Tulisan MALAYAN pada note JIM juga merupakan satu perkara yang perlu di perhatikan untuk memastikan ukurannya tepat (57mm). Semua perkara ini perlu di teliti sebelum mengambil keputusan mengeluarkan belanja yang banyak untuk membelinya agar anda tidak muflis :)

Bagi anda yang baharu ingin menceburi diri dalam dunia Numismatic, pastikan anda ada Mentor, di tambahkan lagi dengan Elmu, Sistem mengumpul coin / banknote amat penting setiap item perlu ada rekod. Tindakan membeli coin / banknote hendaklah tepat! dan akhir sekali Impian untuk menyempurnakan koleksi anda mestilah suci murni. Jauhkan sengketa sesama kita :)




Wednesday, 16 April 2014

Kita Semua Pemimpin

Minggu lps saya di jemput menyampaikan ceramah di sebuah sekolah menengah. Perbicaraan berkisar ttg bagaimana menjadi warga ceria. Berkongsi ttg menjadi manusia yg positif bukannya hnya suka mengomen dan mengeluh.

Setiap hari kita terdedah dgn pelbagai persepsi maka kita MESTI bersedia menangkis segala fitnah dan dakyah sebaliknya terimalah yg positif dan bermanfaat.

Sebagai sorang Usaha-Wang maka kita MESTI berani menghadapi 10 Jenis ketakutan! Antaranya Takut Menjadi Kaya! :) insyaa Allah di lain bicara kita huraikan apa itu Takut Menjadi Kaya.

Tuesday, 15 April 2014

GST : Guna Semua Teknik

AlhamdulilLah hari ni selesai mengikuti taklimat GST di sebuah institut latihan di Bangi. Persediaan untuk saya berniaga matawang ( numismatik ) akhir tahun ni bertepatan dgn perlaksanaan GST tahun dpn.

Tinggal 8 bulan lg utk ambo bersedia denga semua teknik marketing dan elmu numismatik bg memastikan bisnes tu terus memberi manfaat kpd kita semua. Bg saya GST ialah Guna Semua Teknik sbb itulah rahsia terbesar kejayaan sesebuah bisnes.

Jika anda berminat untuk berkongsi ttg ilmu numismatik boleh hubungi saya di 01112395238 (Rusdi). Whatsapp di alu2kan. Tq