Showing posts with label barrack obama. Show all posts
Showing posts with label barrack obama. Show all posts

Wednesday, 14 May 2014

Penghantaran Percuma dari USA


AlhamdulilLah.. rezeki di malam hari. Gatal tangan nak minta 'offer' dari penjual tup2 dia terima siap 'free postage' :)

Kegilaanku 'memancing' di ebay susah nak stop dah rasanya. Sepatutnya saya tidak menghebohkan perkara ini tetapi atas rasa ingin berkongsi maka saya gagahkan juga hati ini untuk menulisnya.

Sebenarnya banyak item2 di Ebay yg saya berjaya dapatkan dgn harga 'tak patut' sbg contoh item di atas. Semua maklum bahawa item yg di grading biasanya beharga lebih dari RM100 (di Malaysia). Tetapi item ini dari USA.

Walaubagaimanapun, kos penghantaran dari USA ke Malaysia tak kurang dari RM30 biasanya (sepanjang saya berurusan) tetapi untuk item ini saya dapat PERCUMA!

Modal USD10 (RM38.86) so berapa saya mahu lepaskan? Jika rakyat Malaysia tidak berminat untuk mengumpul coin USA saya masih lagi berpeluang melelongnya di pasaran luar.

Insyaa ALlah untuk bulan Jun 2014 bagi melengkapkan siri e-book saya, akan saya 'bocorkan' ilmu berurusan di ebay. Nantikan kemunculannya.

Jangan lupa dapatkan e-book saya untuk bulan May 2014 :) klik di sini

Saturday, 10 May 2014

10 sen 1971 (3)


AlhamdulilLah hari ini saya ingin berkongsi syiling misteri 10 sen 1971. :) sebelum ini ada sesetengah pihak menyatakan bahawa terdapat 'emas putih' di dalamnya, ada juga yg menganggap ianya dari alam bunian dan macam2 lagi.

Secara logiknya 10 sen 1971 ini di cari kerana keluarnya teramat sedikit iaitu 32,236 keping sahaja! berbanding dengan tahun2 yg lain sbg contoh 1979 di keluarkan sebanyak 50,633,326 keping!

Walaubagaimanapun lebih mencabar lagi dlm pemburuan syiling ini ialah variety nya. Setakat di ketahui sehingga kini hanya ada 3 variety, di beri nama V1, V2, dan V3.

Jom kenali variery2nya agar kita tidak terperdaya :) kenapa? Kerana harganya juga berbeda :)


Secara mudahnya kita hanya perlu kenali 2 tempat sahaja jika kedua-dua tanda itu tiada maka 10 sen itu V1.


V2 mempunyai dot (perlu di lihat guna kanta) di atas huruf L pada perkataan MALAYSIA


Manakala V3 mempunyai lebihan metal di dalam 0

Itu sahaja penerangan ringkas yg mampu saya kongsikannya. AlhamdulilLah, memiliki 10 sen 1971 memberi kepuasan yang amat sangat sebagai seorang numismatis (beginner) 

Kini pemburuan saya mencari RM1 'AISHAH' yg juga misteri di kalangan peminat mistik :) Insyaa Allah lebih banyak info mengenai numismatik akan saya kongsikan di sini.

Oh ya, mengenai dengan harga V1, V2, dan V3 terus terang saya katakan jika anda bertuah maka anda boleh mendapatkan sehingga 4 angka :) yang penting ilmu pemasaran yg betul.

[ home ] 



Tuesday, 29 April 2014

25,000 keping sahaja!

Harganya hny RM2.50 tetapi hny boleh di beli sekeping sorang. Apakah jika anda memilikinya lalu ada org ingin membelinya dr anda maka anda akan menjualnya dgn hatga RM2.50?

Inilah peluang menjana pendapatan, saya yakin akan ada tawaran sehingga RM20 / keping slps habis jualannya di pejabat pos.

Pengumpul tegar sanggup berhabisan utk mendapatkan sesuatu yg rare.

Cuma saya masih menunggu agar Kerajaan juga mengeluarkan commemorative coin lawatan Obama ke Malaysia :-)

Saturday, 26 April 2014

Coin Obama

Welcome to Malaysia. :-)

Hari ni seorang Presiden kuasa hebat dunia dtg melawat Malaysia. Ada yg bantah ada yg senyap.

Tak kisah la apa pandangan masing2 cuma saya ingin kongsikan satu coin berwajah Obama ada dlm simpanan saya.

Coin ni saya dapat dr sorang teman di luar negara. Hanya manusia2 yg di kenali je ada wajah atas coin :-)

Yg ni not for sale sbb ada sebijik je :-)