Showing posts with label 1 cent. Show all posts
Showing posts with label 1 cent. Show all posts

Tuesday, 20 May 2014

Edit Guna Smartphone


Terpanggil untuk berkongsi kepakaran editing menggunakan nset, maka hari ini saya kongsikan teknik ringkas bagaimana nak edit gambar supaya nampak lebih menarik utk pos di FB

Cari kat shop 'Photo Editor' gambar cam kat sebelah tu.

Setakat ini yang saya duk godek2 rasa puas hati ngan app ni :)

*Perhatian : Edit gambar tidak menjaminkan gambar anda jadi cun melecun. Teknik photografi penting. Insyaa Allah saya akan kongsikan teknik snap guna smartphone yg paling berkesan di lain masa

setelah anda memuat turun atau bahasa mudahnya download this app, maka cuba2 la godek2 terlebih dahulu guna gambar2 yang cantik.



Jangan lupa saksikan video yg telah saya attachkan sebanyak mungkin supaya anda perasan ada teknik rahsia dalam tu :)

Ok selamat menonton dan semoga berjaya.

Wednesday, 14 May 2014

Ka-Ching!!!!!


AlhamdulilLah!!! Malam ni rezeki melimpah ruah! Satu lagi item coin China, rasanya forgery tapi manala tau kan kot2 dpt yg ori hahhahah

Untuk makluman tuan-puan coin ni banyak yg palsu di pasaran... harga yg palsu biasanya RM5 - RM10 berdasarkan kualiti.

Rasa bertuah sangat malam ni :) ilmu 'ebay' mengena :) Barang dari China akan di pos percuma ke Malaysia :) rasanya anda pun tak sanggup hantar barang ke China dengan nilai RM3.21 (barang + kos penghantaran)

Setelah tadi baru dpt item ni ( baca di sini ) kini dpt lagi.. Insyaa Allah sedang 'memburu' lagi item2 dengan harga tak patut :)


Setiap perkara mesti belajar dengan 'sifu' yang pakar dan berpengalaman. Anda boleh mengambil masa yg panjanggggggg untuk belajar sendiri tanpa mengeluarkan sedikit modal untuk memendekkan masa belajar.

Ilmu bisnes semua orang tahu, tetapi berapa ramai orang yg sudah praktik dan berjaya apa yang di teorikannya?

Saya berani mengatakan bahawa pada April yang lepas saya telah berjaya mencapai target dalam bisnes saya. Ingin tahu bagaimana? KLIK DI SINI 

Penghantaran Percuma dari USA


AlhamdulilLah.. rezeki di malam hari. Gatal tangan nak minta 'offer' dari penjual tup2 dia terima siap 'free postage' :)

Kegilaanku 'memancing' di ebay susah nak stop dah rasanya. Sepatutnya saya tidak menghebohkan perkara ini tetapi atas rasa ingin berkongsi maka saya gagahkan juga hati ini untuk menulisnya.

Sebenarnya banyak item2 di Ebay yg saya berjaya dapatkan dgn harga 'tak patut' sbg contoh item di atas. Semua maklum bahawa item yg di grading biasanya beharga lebih dari RM100 (di Malaysia). Tetapi item ini dari USA.

Walaubagaimanapun, kos penghantaran dari USA ke Malaysia tak kurang dari RM30 biasanya (sepanjang saya berurusan) tetapi untuk item ini saya dapat PERCUMA!

Modal USD10 (RM38.86) so berapa saya mahu lepaskan? Jika rakyat Malaysia tidak berminat untuk mengumpul coin USA saya masih lagi berpeluang melelongnya di pasaran luar.

Insyaa ALlah untuk bulan Jun 2014 bagi melengkapkan siri e-book saya, akan saya 'bocorkan' ilmu berurusan di ebay. Nantikan kemunculannya.

Jangan lupa dapatkan e-book saya untuk bulan May 2014 :) klik di sini

Wednesday, 23 April 2014

FDC Singapore Coin

Lagi cerita ttg FDC, saya amat tertarik dgn setiap item yg berkaitan banknote termasuklah FDC yg menggunakan coin sbg setem.

Kumpul FDC dan coin selaian drpd hobi yg menggembirakan ia juga dpt menjana pendapatan. Masalahnya di tempat saya masih rendah kadar keminatan (betul ke penggunaan) terhadap hobi ini.

Apakah di sebabkan kurang pemdedahan? Peruntukan yg sedikit? atau malas nak mengkaji? Tidak boleh di nafikan masih ada yg merasakan hobi ini takde faedah.

Maka tujuan saya menulis di sini ialah memberi pendedahan ttg keindahan seni numismatik fan filateli. :)