Wednesday 14 May 2014

Penghantaran Percuma dari USA


AlhamdulilLah.. rezeki di malam hari. Gatal tangan nak minta 'offer' dari penjual tup2 dia terima siap 'free postage' :)

Kegilaanku 'memancing' di ebay susah nak stop dah rasanya. Sepatutnya saya tidak menghebohkan perkara ini tetapi atas rasa ingin berkongsi maka saya gagahkan juga hati ini untuk menulisnya.

Sebenarnya banyak item2 di Ebay yg saya berjaya dapatkan dgn harga 'tak patut' sbg contoh item di atas. Semua maklum bahawa item yg di grading biasanya beharga lebih dari RM100 (di Malaysia). Tetapi item ini dari USA.

Walaubagaimanapun, kos penghantaran dari USA ke Malaysia tak kurang dari RM30 biasanya (sepanjang saya berurusan) tetapi untuk item ini saya dapat PERCUMA!

Modal USD10 (RM38.86) so berapa saya mahu lepaskan? Jika rakyat Malaysia tidak berminat untuk mengumpul coin USA saya masih lagi berpeluang melelongnya di pasaran luar.

Insyaa ALlah untuk bulan Jun 2014 bagi melengkapkan siri e-book saya, akan saya 'bocorkan' ilmu berurusan di ebay. Nantikan kemunculannya.

Jangan lupa dapatkan e-book saya untuk bulan May 2014 :) klik di sini

No comments:

Post a Comment