Showing posts with label ngc. Show all posts
Showing posts with label ngc. Show all posts

Tuesday, 20 May 2014

7 Keping Pitis Kelantan Di Gred


Kepada peminat Pitis Kesultanan, terutamanya pitis Kelantan. Untuk makluman anda tadi saya membuat carian dan mendapati ada 7 keping Pitis Kelantan (SS24) telah di gred. Paling tinggi di gred ialah MS65.

Menjadi persoalan bg diri ini siapakah empunya nya?

Satu carian telah di buat dan mendapati SS24 memang telah di gred. Dan telah di jual pada 17 Sept 2011.


Pengalaman saya 10 bulan yang lepas semasa ber 'md' menjumpai beberapa keping pitis ini tetapi kondisinya amat terus jika di bandingkan dengan yg di gred (dalam gambar)

Cuma beberapa bulan lepas saya memperolehi 3 keping yang amat cantik, dan menjadi kontroversi tentang keasliannya, beberapa pihak mengandaikan buatan semula.

Insyaa Allah jika di izinkan akan saya cuba menghantar item tersebut ke NGC untuk kepastian :) 

10 sen 1971 - Lakaran


AlhamdulilLah.. hari ni R&D saya hampir berjaya 100% kaedah fotografi (gambar kiri) menampakkan seluruh detail pada item. Ini memberi kesan kepada fotografik.

Setiap detail itu penting utk lakaran balik. Walaubagaimanapun masih ada kekurangan pada lakaran tersebut. Terutamanya dari segi kehalusannya.

Apa yg saya berjaya temui dari teknik fotografi ini?
1. Tiada distort (senget) pada gambar
2. Item rata 180 darjah (mendatar)
3. Hampir 100% permukaan sama dengan item original
4. Cahaya balance


Apa pentingnya kepada fotografik?
1. Memudahkan lakaran - kerana semua detail nampak jelas
2. Memendekkan masa lakaran
3. Meluaskan ilmu numismatik

Insyaa Allah setelah segalanya sempurna saya akan kongsikan teknik ini dengan anda semua :) Doakan semoga saya berjaya. Terima kasih.

Monday, 19 May 2014

442 keping 10 sen 1971 di gred (NGC + PCGS)


Ini bukan lagi RAHSIA! 402 keping telah di hantar ke NGC untuk di gred! Hasilnya :

MS 67 - 9 Keping <-- tertinggi setakat hari ini
MS 66 - 154
MS 65 - 152
MS 64 - 70
MS 63 - 6
MS 62 - 2
MS 61 - 2

MS 58 - 4
MS 55 - 2
MS 45 - 1

Menurut buku rujukan harga untuk UNC adalah RM500 - RM1,300 (mengikut persetujuan urusniaga)

Kebiasanya selepas di gred harganya akan melambunggggg :) Anda tidak perlu mengkritik harga yang di berikan oleh penjual kerana itu haknya.. hak kita sebagai buyer ialah beli atau tidak.

Spekulasi mengatakan harganya akan makin naik dan terus naik, tetapi bagi saya harganya akan stabil kerana ramai yang masih menunggu 'kepulangan' 10 sen mereka dan ini akan menyebabkan 10 sen yg tidak di gred akan TURUN HARGA!

Di tambah pula ada pemalsuan!

Jika kita andaikan 10 sen MS 45 itu di tawarkan harga RM400 maka berapa harga 10 sen yang tidak di gred yang kondisinya VF ke bawah?

Patutkah saya menghantar 10 sen 1971 saya untuk di gred? Kenapa perlu gred? Apa impaknya jika item saya di sahkan polish? :'(

Tambahan :

Gred di PCGS pulah sebanyak 40 keping. Maka semuanya 442 keping



*mood* garuk kepala.. to be continued...

Wednesday, 14 May 2014

Penghantaran Percuma dari USA


AlhamdulilLah.. rezeki di malam hari. Gatal tangan nak minta 'offer' dari penjual tup2 dia terima siap 'free postage' :)

Kegilaanku 'memancing' di ebay susah nak stop dah rasanya. Sepatutnya saya tidak menghebohkan perkara ini tetapi atas rasa ingin berkongsi maka saya gagahkan juga hati ini untuk menulisnya.

Sebenarnya banyak item2 di Ebay yg saya berjaya dapatkan dgn harga 'tak patut' sbg contoh item di atas. Semua maklum bahawa item yg di grading biasanya beharga lebih dari RM100 (di Malaysia). Tetapi item ini dari USA.

Walaubagaimanapun, kos penghantaran dari USA ke Malaysia tak kurang dari RM30 biasanya (sepanjang saya berurusan) tetapi untuk item ini saya dapat PERCUMA!

Modal USD10 (RM38.86) so berapa saya mahu lepaskan? Jika rakyat Malaysia tidak berminat untuk mengumpul coin USA saya masih lagi berpeluang melelongnya di pasaran luar.

Insyaa ALlah untuk bulan Jun 2014 bagi melengkapkan siri e-book saya, akan saya 'bocorkan' ilmu berurusan di ebay. Nantikan kemunculannya.

Jangan lupa dapatkan e-book saya untuk bulan May 2014 :) klik di sini

Thursday, 1 May 2014

Pitis Purba Untuk 100 Pesanan Terawal!

 Alhamdulillah, 4 jam saya perlukan untuk menulis sebuah bacaan paling ringkas di sertakan dengan TEORI dan PRAKTIKAL tentang kejayaan BISNES saya pada bulan APRIL 2014.

TEORI dan PRAKTIKAL itu saya ingin kongsikan buat kawan-kawan yang telah lama inginkan berbisnes di internet tetapi tiada asas ATAU telah lama berbisnes tapi tidak pernah berjaya!

Percayalah! bacaan ini mampu mengubah persepsi anda terhadap apa yang di maksudkan dengan Bisnes di Internet.

Bacaan ini telah saya ringkaskan dan tidak memasukkan langsung angan-angan Mat Jenin seperti mana yang biasa anda baca di Internet

"Dapatkan RM500 - RM5,000 dengan hanya mendaftar dan goyang kaki sahaja"

Saya tidak sanggup menipu anda demi mencari keuntungan sementara. Saya tidak menjanjikan retorik sebaliknya bacaan ini adalah plan saya pada Bulan Mei 2014 ini. Di mana saya telah berjaya mencapai target jualan RM500 pada April lepas kini saya target RM1,000 pada minggu pertama bulan Mei ini!

Buku ini hanya setebal 22 muka surat sahaja! Tidak banyak tulisan, dan saya telah mengulangi bacaannya hanya 30 minit di perlukan untuk memahaminya (bergantung kepada kemahiran bacaan seseorang)


Selepas bacaan ini saya yakin anda mampu mensasarkan bulan MAY 2014 ini sebagai bulan anda berniaga di Internet! JAMINAN WANG DI KEMBALIKAN jika anda tidak berjaya!

TAWARAN INI HANYA UNTUK 100 ORANG PERTAMA SAHAJA!

JIKA ANDA PESAN SEKARANG ANDA LAYAK UNTUK MENERIMA SEBUAH TANDA KENANGAN DARI SAYA BERUPA SEKEPING PITIS KESULTANAN MELAYU 100 TAHUN DAHULU (selagi stok masih ada)

HARGA BUKU INI HANYA RM20.00 SAHAJA

CARA PESANAN :
1. SILA BUAT BAYARAN TERUS KE AKAUN 

MAYBANK
NAMA : RUSDI BIN JUSOH
AKAUN : 163046265762

BANK ISLAM
NAMA : RUSDI BIN JUSOH
AKAUN : 03090020120456 

2. HANTARKAN BUKTI BAYARAN 

- INBOX DI FACEBOOK SAYA : https://www.facebook.com/rusdi.jusoh.752
- WHATSAPP : 0111-239-5-238 (RUSDI)
- EMAIL rusdibinjusoh@gmail.com

3. HANTARKAN ALAMAT EMAIL ANDA UNTUK PENGHANTARAAN EBOOK INI

SEKIAN TERIMA KASIH.
SEMOGA KITA SEMUA KAYA DAN BERJAYA!!

Friday, 25 April 2014

Promosi Sempena Ulangtahun ke-35!!!

Sempena hari kelahiran saya yg ke-35 insyaa Allah beberapa item saya akan lepaskan dgn harga yg terbaekkk.

Item2 tersebut antaranta, Pitis Kelantan, Pitis timah luar negara, syiling Malaysia keydate, banknote Malaysia dan luar negara, setem, fdc dan byk lagi.

Harapn saya semoga lebih ramai yg berminat dgn dunia numismatik dan filateli. Tq

Tuesday, 22 April 2014

Commemorative Coin : Malaysian Armed Forces 80th Anniversary

The origin of the Malaysian Armed Forces dates back to the formation of the Malay Regimen on 1 March 1933. With the formation of Malaysian on 16 September 1963, The Regiment was officially known as the Malaysian Armed Forces. 


Eight decades have passed which saw the Malaysian Armed Forces evolved from the colonial to a Full Spectrum Force. The long and arduous journey was not one without the sacrifice of blood, toil, sweat and tears as Malaysians were able to enjoy peace while prospering from the peaceful environment maintained by the Malaysian Armed Forces


Today, the Armed Forces continues to serve the nation on the ever shifting geo-strategic environment, domestically and also beyond our shores.

With states-of-the-art technology in implementing the man, machine and method approach, the Malaysian Armed Forces continues to preserve peace in the country and contribute to nation building.


This coin was minted to commemorate the Armed Forces' eight decades of evolution toward becoming a Full Spectrum Forces. It serves to remind us of the sacrifices, efforts and legacy of the forebeares of Malaysian Armed Forces.

The three platforms depicted on the coin : the PT-91 Pendekar Main Battle Tank, The Scopene Submarine and the Sukhoi Su-30M Fighter Aircraft reflect the integration of the surface, subsurface and aerospace dimensions of the modern battle.


This Coin is a testimony to the Malaysian Armed Forces' endeavor to be a modern and effective Full Spectrum Force.


Tuesday, 15 April 2014

Aku Mesti...

Assalamualaikum, aku mesti memiliki sebuah perniagaan berkaitan numismatik pd Disember 2014, insyaa Allah. Kepakaran saya adalah berkongsi keindahan khazanah negara secara realiti dan digital.

AlhamdulilLah setelah 9 bulan berkecimpung dalam bidang numismatik ini sudah ramai rakan2 yg telah terpengaruh utk turut menyimpan khazanah negara yg tidak terhingga ini di samping mewujudkan pendapatan sampingan sehingga mencecah 4 angka.

Pernahkah anda terfikir sekeping syiling 10 sen blh mencecah harga RM1,500? Insyaa Allah saya akan berkongsi dgn anda semua ttg dunia numismatik yg penuh misteri ini. :)