Tuesday 20 May 2014

7 Keping Pitis Kelantan Di Gred


Kepada peminat Pitis Kesultanan, terutamanya pitis Kelantan. Untuk makluman anda tadi saya membuat carian dan mendapati ada 7 keping Pitis Kelantan (SS24) telah di gred. Paling tinggi di gred ialah MS65.

Menjadi persoalan bg diri ini siapakah empunya nya?

Satu carian telah di buat dan mendapati SS24 memang telah di gred. Dan telah di jual pada 17 Sept 2011.


Pengalaman saya 10 bulan yang lepas semasa ber 'md' menjumpai beberapa keping pitis ini tetapi kondisinya amat terus jika di bandingkan dengan yg di gred (dalam gambar)

Cuma beberapa bulan lepas saya memperolehi 3 keping yang amat cantik, dan menjadi kontroversi tentang keasliannya, beberapa pihak mengandaikan buatan semula.

Insyaa Allah jika di izinkan akan saya cuba menghantar item tersebut ke NGC untuk kepastian :) 

No comments:

Post a Comment