Saturday, 10 May 2014

10 sen 1971 (3)


AlhamdulilLah hari ini saya ingin berkongsi syiling misteri 10 sen 1971. :) sebelum ini ada sesetengah pihak menyatakan bahawa terdapat 'emas putih' di dalamnya, ada juga yg menganggap ianya dari alam bunian dan macam2 lagi.

Secara logiknya 10 sen 1971 ini di cari kerana keluarnya teramat sedikit iaitu 32,236 keping sahaja! berbanding dengan tahun2 yg lain sbg contoh 1979 di keluarkan sebanyak 50,633,326 keping!

Walaubagaimanapun lebih mencabar lagi dlm pemburuan syiling ini ialah variety nya. Setakat di ketahui sehingga kini hanya ada 3 variety, di beri nama V1, V2, dan V3.

Jom kenali variery2nya agar kita tidak terperdaya :) kenapa? Kerana harganya juga berbeda :)


Secara mudahnya kita hanya perlu kenali 2 tempat sahaja jika kedua-dua tanda itu tiada maka 10 sen itu V1.


V2 mempunyai dot (perlu di lihat guna kanta) di atas huruf L pada perkataan MALAYSIA


Manakala V3 mempunyai lebihan metal di dalam 0

Itu sahaja penerangan ringkas yg mampu saya kongsikannya. AlhamdulilLah, memiliki 10 sen 1971 memberi kepuasan yang amat sangat sebagai seorang numismatis (beginner) 

Kini pemburuan saya mencari RM1 'AISHAH' yg juga misteri di kalangan peminat mistik :) Insyaa Allah lebih banyak info mengenai numismatik akan saya kongsikan di sini.

Oh ya, mengenai dengan harga V1, V2, dan V3 terus terang saya katakan jika anda bertuah maka anda boleh mendapatkan sehingga 4 angka :) yang penting ilmu pemasaran yg betul.

[ home



7 comments:

  1. WahhH!!! Syiling yang di cari cari..!! punyalah payah nak cari syiling tahun 1971.. Harga kalo jual kat kedai dalam 400-900 je.. dah tanya ari tu.. nak jual sendiri takder buyer.. hehehe Salam perkenalan.. Baru timbul minat kumpul duit lama.. tapi belum smpi tahap hardcore la

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa...jual dengan sy...mencari 71 v1 ni....

      Delete
  2. wah tak sangka dlm tabung saya ada 34 keping syling niee..

    ReplyDelete