Showing posts with label 1971. Show all posts
Showing posts with label 1971. Show all posts

Friday, 25 April 2014

Pernah Jumpa Camni?

Kepada rakan2 yg baru nak terjun ke dlm dunia numismatik tanpa mengeluarkan belanja, anda boleh mulakan dgn menyeken (scan) syiling dlm tabung anda. Manalah tau kot2 rezeki dpt yg error camni.

Error ni ada mcm2 nama sampai saya pun xigt. Yg ni kawan saya ckp 'CUD' antara susah nk dpt gak la sbb kesan peliknya tu besar (major)

Ok yer, bila dh dpt coin error tu leh r share kat fb nnti kalu ada rezeki akan adalah yg suh 'pm' harga :) ok selamat bernumis.

Wednesday, 23 April 2014

FDC + Coin = RM33


Jumpaan yang membuatkan saya teruja. Pada 1980 Kerajaan telah mencetak sekeping Syiling Peringatan Sambutan Ma'al Hijrah Abad ke-15 Hijrah dan juga telah mengeluarkan FDC nya.

Satu koleksi yg amat sesuai di simpan kerana harganya masih belum melonjak naik. FDC ni saya beli dengan harga RM8 dan Syiling tersebut dgn harga RM25. Total + RM33.

Di jual? Ya memang sekarang saya sedang melelong syiling (syiling sahaja!) tersebut, klik di sini . Syiling Peringatan Ma'al Hijrah boleh di dapati di kedai2 Numismatik atau pengumpul, cuma masalahnya harganya yg berbeda bergantung kepada kondisinya.

Bisnes item numismatik amat sesuai di jalankan memandangkan negara kita sekarang dalam keadaan yang aman dan ekonomi pun stabil. Di jangka selepas bulan 6 harga2 item numismatik akan terus melonjak terutamanya item RARE.

Untuk menambah 'harga' barangan anda (add value) maka FDC adalah satu item yang sesuai. Ada beberapa lagi item numis yang boleh di gabungkan dengan FDC utk di bisneskan. Insya Allah saya akan berkongsi di lain post.

[home]

Monday, 21 April 2014

RM1 bernilai RM10?

Anda masih ada wang kertas ni? Nasihat saya simpanlah jika anda ada yg berkondisi VF (very fine) ke atas. Kenapa?

1. Mana tau kot2 30 tahun lagi beharga lebih dr RM2, atau;
2. Sebagai kenangan untuk anak cucu kita, atau!
3. Simpanan @ pelaburan masa dpn.

Saya hanya mampu kemukakan 3 alasan knp perlu simpan tetapi saya yakin anda ada 1000 alasan knp tidak perlu :)

Tidak perlu huraikan alasan tersebut kerana saya yakin jika 30 tahun dahalu (1984) jika arwah bapa saya sempat (saya bkn salahkan beliau tp sbg jawapan utk alasan) menyimpan 8 kpg $1 siri ke-5 signed by Aziz Taha nescaya saya boleh menjualnya dgn harga RM10/keping pd masa sekarang.

Tapi apakan daya semua banknote dan coin yg pernah saya simpan dlm almari mak saya 20 tahun lepas tlh hilang kerana saya tdk tahu ilmu menjaga coin dan banknote. Ilmu numismatik tidak sampai ke dlm keluarga kami.

Mmg ada notes lama tetapi kondisi poor - fine sahaja. Oleh itu supaya sejarah tidak berulang, agar anak2 ku gembira di masa dewasanya nanti, maka saya akan terus simpan item yg mudah di dapati sebelum pupus.

Untung RM370 Setiap Hari


Dengan ketinggian 20 ribu kaki maka terputus la segala hubungan dalam talian, erkkk masa ni la kena berbalik kepada cara lama untuk tambah ilmu.. BACA BUKU.

Alhamdulillah 55 min perjalanan sempat la habiskan 2 bab. Sedikit cerita ttg buku ni. Saya beli masa kat Amcorp dari sorang pakcik Cina. Dia cakap dia sudah lama berniaga di flea market kat situ dan sudah manyak untunggg dapat :)

Pastu dia syorkan saya baca buku ni heheheh ayat promosi tu mmg cun dan mampu membuatkan saya buka wallet dan terus bayar tanpa fikir panjang. Dalam otak hanya tergambar mesti kalau baca buku ni dapat untung manyaakkkk. Memang TEPAT!!!! hanya 2 bab baca mmg betoi kata Pakcik Cina tu mmg buku ni sapa2 baca mmg terbaekkkk.

Antara kefahaman saya dpt dari buku tersebut ialah hari2 adalah bisnes, setiap jam adalah bisnes, setiap menit adalah bisnes, setiap saat adalah bisnes :) yang penting dalam kepala otak mesti pikir bisnes.

Di zaman skrg (dalam buku tu takder la sbb masa tu tahun 1969) ramai yg guna internet (blog, fb, twit dsb) tapi adakah untuk bisnes? itu soalan yang perlu kita soal diri kita sendiri. Jangan berbicara soal untun RM370 jika satu item pun anda tak pernah pikir untuk di bisneskan :)

Oh ya lupa nak bagi tau... buku yang mampu beri untung RM370 ni di jual kepada saya dengan harga RM3 :).

Nak tahu lebih lanjut sentiasalah mengikuti perkembangan di http://akumesti.blogspot.com/

Thursday, 17 April 2014

ilmu Kanak2 utk Dewasa

Lagi beberapa minit pintu akan di buka, teruja nak masuk sbb katanya dlm tu ada prefix yg RRRR ermmm tapi kenapa tidak di jaga? Apakah pihak pengurusan melihat ia dr mata bukan ahli numismatik?

Saya syorkan sekolah2 di Malaysia khususnya Kelantan buat lawatan kat sini better dari melawat SOGO ;)

Ok ikuti cerita saya spjg kat sini dalam blog ni yg akan saya update dari masa ke semasa. Ini lawatan saya yg ke 3 utk tahun ni :)

Wednesday, 16 April 2014

Merungkai Misteri 10 sen 1971

Sabtu (12/4/2014) lepas merupakan sejarah dlm hidup saya apabila berjaya mengadakan pameran mini numismatik. Sambutan dr warga Pasir Puteh amat menggalakan, ada beberapa pengunjung yg sanggup pulang dan bawa coin utk saya terangkan infonya.

Beberapa kekurangan saya cuba post mortem balik utk pastikan pameran akan dtg saya boleh beri yg terbaik. Beberapa 'misteri' pd hari tu saya mampu selesaikan antaranya:

1. 10 sen 1971 dr alam bunian atau mengandungi emas putih :)
2. 50 sen 1967 milled edge tidak wujud
3. Token Yasin adalah matawang

Alhamdulillah pengunjung boleh melihat secara dekat dan menyentuhnya bg membuktikan dakwaan mereka (no 1 & 2 di atas) adalah tidak benar.

Tuesday, 15 April 2014

Aku Mesti...

Assalamualaikum, aku mesti memiliki sebuah perniagaan berkaitan numismatik pd Disember 2014, insyaa Allah. Kepakaran saya adalah berkongsi keindahan khazanah negara secara realiti dan digital.

AlhamdulilLah setelah 9 bulan berkecimpung dalam bidang numismatik ini sudah ramai rakan2 yg telah terpengaruh utk turut menyimpan khazanah negara yg tidak terhingga ini di samping mewujudkan pendapatan sampingan sehingga mencecah 4 angka.

Pernahkah anda terfikir sekeping syiling 10 sen blh mencecah harga RM1,500? Insyaa Allah saya akan berkongsi dgn anda semua ttg dunia numismatik yg penuh misteri ini. :)