Monday, 21 April 2014

RM1 bernilai RM10?

Anda masih ada wang kertas ni? Nasihat saya simpanlah jika anda ada yg berkondisi VF (very fine) ke atas. Kenapa?

1. Mana tau kot2 30 tahun lagi beharga lebih dr RM2, atau;
2. Sebagai kenangan untuk anak cucu kita, atau!
3. Simpanan @ pelaburan masa dpn.

Saya hanya mampu kemukakan 3 alasan knp perlu simpan tetapi saya yakin anda ada 1000 alasan knp tidak perlu :)

Tidak perlu huraikan alasan tersebut kerana saya yakin jika 30 tahun dahalu (1984) jika arwah bapa saya sempat (saya bkn salahkan beliau tp sbg jawapan utk alasan) menyimpan 8 kpg $1 siri ke-5 signed by Aziz Taha nescaya saya boleh menjualnya dgn harga RM10/keping pd masa sekarang.

Tapi apakan daya semua banknote dan coin yg pernah saya simpan dlm almari mak saya 20 tahun lepas tlh hilang kerana saya tdk tahu ilmu menjaga coin dan banknote. Ilmu numismatik tidak sampai ke dlm keluarga kami.

Mmg ada notes lama tetapi kondisi poor - fine sahaja. Oleh itu supaya sejarah tidak berulang, agar anak2 ku gembira di masa dewasanya nanti, maka saya akan terus simpan item yg mudah di dapati sebelum pupus.

2 comments:

  1. Assalamualaikum...terima kasih atas perkongsian ni tuan.. AHK pernah terbaca dalam blog dato sha banknote menyarankan supaya simpan note rm1 kertas sementara masih ad dalam edaran sebelum digantikan sepenuhnya dengan note rm 1 polimer..AHK sedang cuba mengumpul sebanyak mungkin note2 rm 1 kondisi aunc-unc dan yang kertas masih keras..huhuhu..sebagai koleksi dan pelaburan masa hadapan

    ReplyDelete
  2. Tahniah jika kefahaman terhadap dunia numismatik telah awal di fahami oleh tuan... tujuan saya menulis blog ini agar lebih ramai yg faham dunia numismatic

    ReplyDelete