Monday, 23 June 2014
2 Minggu Lagi.....
Di kurniakan 2 orang putera. Di takdirkan rezeki yang tak putus2.
Semoga Ramadhan tahun ni mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga.
Selamat menyambut Ramadhan buat semua umat Islam. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya.
Wassalam
Thursday, 19 June 2014
Pastikan Kanta Sentiasa di Sisi
Betapa seronoknya menatap coin2 yang mempunyai detail yang halus dan cantik.
Saya sering membawa bersama kanta untuk memastikan tidak terlepas menatap kehalusan coin yang terserempak :)
Cuba anda tatapi coin di atas. caranya klik butang kanan mouse dan pilih menu open link in new tab. Selamat menghayatinya.
Wednesday, 18 June 2014
Koleksi Syiling Purba China
$50 siri 7 (1995)
$20 siri 6 (1986 - 1995)
Pitis Zulhijjah 1904
Tuesday, 17 June 2014
Original Size
Sunday, 8 June 2014
240 Keping RM1 'Aishah' Telah di Gred
Paling tinggi 67EPQ hanya 16 keping je.
Andaian : (Pandangan peribadi nubis)
Harga CR72 yang belum di gred kemugkinan akan merosot sedikit harga bila kolekter mula melambakkan CR72 yg telah di gred.
Staples-holes boleh menjatuhkan gred sehingga F sahaja walaupun kertas cun melecun :)
Harapan agar harga CR72 (belum gred) ni stabil la skit agar nubis cam saya dapat memilikinya dengan harga bawah RM800 bg kondisi EF.
Khabar angin : Betul ke ada yang memiliki sehingga 1 brick? Erm kita tunggu je la yer :)
Wednesday, 4 June 2014
Target : 100 item murah di ebay!
Setelah berjaya mendapatkan 45 item di ebay dengan harga MURAH, kini saya target 100 lagi barangan yang MURAH di ebay untuk bulan JUN.
Anda beli barang dengan harga MAHAL???? Jangan bersedih kerana kini saya berkongsi KEPAKARAN saya mendapatkan item di ebay dengan cara yang TIDAK MERUGIKAN!
Anda mesti gunakan KUASA anda untuk menetapkan harga setiap barang (melalui bidaan) bukan terus mendapatkannya dengan harga yang tak masuk akal!
Semua teknik tersebut saya abadikan dalam eBook ini! Tiada guna ilmu kalau tidak di kongsi!
Dapatkannya sekarang!!
Bagaimana?
SEMOGA MAJU JAYA!!!!
Tuesday, 3 June 2014
Mei yang Menggembirakan
Alangkah terkejutnya bila target tidak sampai :( rupa2nya banyak item yg pada mulanya niat nak di urusniagakan tetapi tak jadi. Timbul rasa sayang lak :)
45 item saya perolehi dari ebay hanya 10 saja di urusniagakan (Syiling Peringatan Masjidil Nabawi). 25 item lagi belum tiba.
Apa yang menggembirakan? :) Kebanyakkan item yg saya perolehi dari ebay pada bulan Mei boleh di kategorikan 'murah'
Jika anda seorang penggemar ebay anda akan dapati terdapat beberapa item yg 'tersorok', terlepas pandang dari penyelam2.
Bagaimana ingin mendapatkan item tersorok ini? Insyaa Allah buku untuk bulan Jun 2014 saya mengenai selok belok berurusniaga di EBAY akan di publish.
Pada gambar di atas, itulah antara beberapa item di ebay yang saya mampu dapatkan dengan harga yang 'menggembirkan' :)
Jangan lepaskan peluang mendapatkan ebook saya nanti. Wassalam.
Sunday, 25 May 2014
Poskad unik - Tulisan 2 Arah
Sedang harga numismatik bergelora saya cuba berehat sebentar dr mendapatkan item2 RRRR dan cuba berjinak2 dgn satu cabang dari beribu cabang filateli.
Saya mendapatkan sekeping poskad tahun 1906, di tulis 2 arah melintang dan menegak, kenapa?
Menurut Abang Adam, poskad seperti ini bnyk pada zaman sblm penggunaan telefon.
Panjang lebar ciri2 yg di terangkan cuma saya masih mentah tidak mampu serap semuanya.
Friday, 23 May 2014
Percubaan Melakar Wajah Pada Syiling
2 jam ambil masa untuk melakar wajah saya sendiri di atas syiling. :)
Menggunakan perisian SketchUp AlhamdulilLah siap gak akhirnya walaupun mengambil masa yang agak lama jugak la bagi seorang beginner.
So saya dah upload video tu ( maaf visual kurang memuaskan sebab line internet slow maka file terpaksa di compress)
Ok next time saya akan cuba lagi semoga tercapai cita2 nak ada sendiri sekeping syiling :) untuk simpanan anak cucu saya.
Thursday, 22 May 2014
Wednesday, 21 May 2014
Aku masih "NUBIS"
Terasa diri makin kerdil dalam bab numismatik ni :(
Dalam lelongan tadi coin ni di jual dengan harga RM235.10 mmg satu harga yang mahal bg Nubis cam saya tapi mungkin amat murah bg otai2
Rasa ingin tau lebih lagi dari segi pengredan sbb kalu dulu pada pandangan saya hanya coin yg licin cun melecun saja layak utk diberikan gred MS60 ke atas (UNC)
Apakah kesan itu sebenarnya? toning??
harap ada la otai2 yang boleh bagi penenrangan tentang kekeliruan ambo ni.
Tuesday, 20 May 2014
7 Keping Pitis Kelantan Di Gred
Kepada peminat Pitis Kesultanan, terutamanya pitis Kelantan. Untuk makluman anda tadi saya membuat carian dan mendapati ada 7 keping Pitis Kelantan (SS24) telah di gred. Paling tinggi di gred ialah MS65.
Menjadi persoalan bg diri ini siapakah empunya nya?
Satu carian telah di buat dan mendapati SS24 memang telah di gred. Dan telah di jual pada 17 Sept 2011.
Edit Guna Smartphone
Terpanggil untuk berkongsi kepakaran editing menggunakan nset, maka hari ini saya kongsikan teknik ringkas bagaimana nak edit gambar supaya nampak lebih menarik utk pos di FB
Cari kat shop 'Photo Editor' gambar cam kat sebelah tu.
Setakat ini yang saya duk godek2 rasa puas hati ngan app ni :)
*Perhatian : Edit gambar tidak menjaminkan gambar anda jadi cun melecun. Teknik photografi penting. Insyaa Allah saya akan kongsikan teknik snap guna smartphone yg paling berkesan di lain masa
setelah anda memuat turun atau bahasa mudahnya download this app, maka cuba2 la godek2 terlebih dahulu guna gambar2 yang cantik.
Jangan lupa saksikan video yg telah saya attachkan sebanyak mungkin supaya anda perasan ada teknik rahsia dalam tu :)
Ok selamat menonton dan semoga berjaya.
10 sen 1971 - Lakaran
AlhamdulilLah.. hari ni R&D saya hampir berjaya 100% kaedah fotografi (gambar kiri) menampakkan seluruh detail pada item. Ini memberi kesan kepada fotografik.
Setiap detail itu penting utk lakaran balik. Walaubagaimanapun masih ada kekurangan pada lakaran tersebut. Terutamanya dari segi kehalusannya.
Apa yg saya berjaya temui dari teknik fotografi ini?
1. Tiada distort (senget) pada gambar
2. Item rata 180 darjah (mendatar)
3. Hampir 100% permukaan sama dengan item original
4. Cahaya balance
Apa pentingnya kepada fotografik?
1. Memudahkan lakaran - kerana semua detail nampak jelas
2. Memendekkan masa lakaran
3. Meluaskan ilmu numismatik
Insyaa Allah setelah segalanya sempurna saya akan kongsikan teknik ini dengan anda semua :) Doakan semoga saya berjaya. Terima kasih.
Monday, 19 May 2014
442 keping 10 sen 1971 di gred (NGC + PCGS)
Ini bukan lagi RAHSIA! 402 keping telah di hantar ke NGC untuk di gred! Hasilnya :
MS 67 - 9 Keping <-- tertinggi setakat hari ini
MS 66 - 154
MS 65 - 152
MS 64 - 70
MS 63 - 6
MS 62 - 2
MS 61 - 2
MS 58 - 4
MS 55 - 2
MS 45 - 1
Menurut buku rujukan harga untuk UNC adalah RM500 - RM1,300 (mengikut persetujuan urusniaga)
Kebiasanya selepas di gred harganya akan melambunggggg :) Anda tidak perlu mengkritik harga yang di berikan oleh penjual kerana itu haknya.. hak kita sebagai buyer ialah beli atau tidak.
Spekulasi mengatakan harganya akan makin naik dan terus naik, tetapi bagi saya harganya akan stabil kerana ramai yang masih menunggu 'kepulangan' 10 sen mereka dan ini akan menyebabkan 10 sen yg tidak di gred akan TURUN HARGA!
Di tambah pula ada pemalsuan!
Jika kita andaikan 10 sen MS 45 itu di tawarkan harga RM400 maka berapa harga 10 sen yang tidak di gred yang kondisinya VF ke bawah?
Patutkah saya menghantar 10 sen 1971 saya untuk di gred? Kenapa perlu gred? Apa impaknya jika item saya di sahkan polish? :'(
Tambahan :
Gred di PCGS pulah sebanyak 40 keping. Maka semuanya 442 keping
*mood* garuk kepala.. to be continued...
Sunday, 18 May 2014
Draf ebook JUN 2014
AlhamdulilLah, 60% hampir siap. :)
Insyaa Allah ebook ini akan membantu anda mencari item2 yang RRRR (rare) dari ebay!
Semua ini saya catatkan berdasarkan pengalaman dan masa sebenar saya di ebay dan bukannya retorik atau teori semata-mata.
Saya percaya ramai yang telah membeli buku / ebook di pasaran mengenai selok belok urusniaga di ebay tetapi tidak membacanya sampai habis kerana bosan! Betul?
Saya juga seperti anda! tidak suka buku yang hanya di penuhi oleh tulisan sahaja! Terkini saya membeli sebuah ebook di ebay berkenaan dengan ebay dan hasilnya :(
KLIK DI SINI atau menghubungi saya terus dengan harga RM2 sahaja!
Semuanya tulisan :) Insyaa Allah bulan hadapan saya akan bagi FREE je bagi setiap buku eBook JUN 2014.
Setakat hari ini lebih dari 30 item telah saya beli dari ebay dengan harga yang berpatutan dan lebih rendah dari harga pasaran.
Setiap item ini tadi saya akan kongsikan bersama-sama anda semua di blog dan FB saya (https://www.facebook.com/rusdi.jusoh.752)
Jangan lepaskan peluang mendapatkan eBook JUN 2014 saya nanti pada 1 Jun 2014.
Jika anda berminat untuk mendapatkan eBook May 2014 sila klik di sini, terima kasih.
Program Merekod Duit
Mungkin ini dapat membantu kita mewariskan segala item kita kepada generasi akan datang. Selain rekod manual freeware ini juga rasanya yg paling mudah untuk di cuba :)
Jika anda berminat untuk mendapatkan freeware ini sila klik di sini.
Apa gunanya program ini kepada saya?
1. Memudahkan semakan untuk urusniaga
2. Mengenalpasti item yang belum di miliki
3. Mengekalkan warisan
Friday, 16 May 2014
BANK "A" NEGARA?
Petang ni kawan ambo mai tunjuk sekeping 50c 2002. Tak tahula fake or original.
Sekarang duk kawtim harga ;) harap2 dpt harga patut. Skrg masih mengkaji harap otai2 leh bantu.
Masih bnyk lg berlegar di edaran, so jom pakat cari yer. Meriahkan dunia numismatik.
Wednesday, 14 May 2014
Ka-Ching!!!!!
AlhamdulilLah!!! Malam ni rezeki melimpah ruah! Satu lagi item coin China, rasanya forgery tapi manala tau kan kot2 dpt yg ori hahhahah
Untuk makluman tuan-puan coin ni banyak yg palsu di pasaran... harga yg palsu biasanya RM5 - RM10 berdasarkan kualiti.
Rasa bertuah sangat malam ni :) ilmu 'ebay' mengena :) Barang dari China akan di pos percuma ke Malaysia :) rasanya anda pun tak sanggup hantar barang ke China dengan nilai RM3.21 (barang + kos penghantaran)
Setelah tadi baru dpt item ni ( baca di sini ) kini dpt lagi.. Insyaa Allah sedang 'memburu' lagi item2 dengan harga tak patut :)
Penghantaran Percuma dari USA
Monday, 12 May 2014
Token Perjudian RRR
Pagi ni saya begitu teruja bila berjaya mendapatkan item RRR dari ebay.
Takdir penentu segala, masa duk belek2 item di ebay kebetulan sifu Dickson menulis di blognya berkenaan token perjudian yg sangat 'rare'.
Rujuk di sini : http://dniewcollectors.blogspot.com/2014/05/malaysia-monetary-tokens-clay-gaming.html#ixzz31PyGdw4X
Insyaa Allah 3 minggu lagi item akan tiba dan jika berkesempatan akan turut di pamerkan di Seminar Pitis Kesultanan Kelantan pada 21 - 22 Jun 2014 nanti utk tatapan rakan2.
Saturday, 10 May 2014
10 sen 1971 (3)
AlhamdulilLah hari ini saya ingin berkongsi syiling misteri 10 sen 1971. :) sebelum ini ada sesetengah pihak menyatakan bahawa terdapat 'emas putih' di dalamnya, ada juga yg menganggap ianya dari alam bunian dan macam2 lagi.
Secara logiknya 10 sen 1971 ini di cari kerana keluarnya teramat sedikit iaitu 32,236 keping sahaja! berbanding dengan tahun2 yg lain sbg contoh 1979 di keluarkan sebanyak 50,633,326 keping!
Walaubagaimanapun lebih mencabar lagi dlm pemburuan syiling ini ialah variety nya. Setakat di ketahui sehingga kini hanya ada 3 variety, di beri nama V1, V2, dan V3.
Jom kenali variery2nya agar kita tidak terperdaya :) kenapa? Kerana harganya juga berbeda :)
PERCUMA! PERCUMA! PERCUMA!
"Lubang Selesa" masih belum ku tinggalkan walaupun dah setahun, kerana perancangan untuk keluar dari sana mengambil masa sehingga aku berumur 40 tahun.
Baki 5 tahun lagi akan ku guna sepenuhnya utk membantu diriku sendiri agar bermanfaat kpd org lain.
Apa guna hanya mengeluh 'kesian' pd yg susah jika aku tidak mampu membantunya?
Apa guna asyik salahkan org lain sedangkan aku xberusaha setapak ke hadapan?
Terima kasih buat sahabat semua yg support bisnes saya, jutaan terima kasih buat sifu Dr Azizan Osman yg mengajar ELMU ni.
Paling ku tak lupakan jasa kedua ibubapaku yg mencorakkan hidupku begini! AlhamdulilLah
So, sempena hari baik bulan baik terasa ingin bagi free :-)
Thursday, 8 May 2014
Berapa kali anda TERTIPU dengan BISNES di Internet?
Adakah anda periksa pembeli / penjual sebarang item di internet? Bagaimana anda mempercayainya? Atau anda pernah kena tipu?
Oleh kerana byk sgt kes penipuan di internet maka saya terpaksa sertakan feedback yang saya dapat melalui urusniaga di Ebay yang mana saya mula aktif sejak 9 Jan 2014 (akaun Jarisepuluh). 36 urusniaga yang telah di buat semuanya POSITIF!!