Wednesday, 30 April 2014

Fast Action, Fast Result!

Tinggal kurang dr 24 jam saja lg target saya utk dptkan RM500 minggu ni dlm bisnes di internet utk minggu ni (7hari) samada berjaya atau tidak.

Utk bulan May saya mensasarkan jualan RM1,000 utk minggu pertama. Oleh sbb itu saya perlukan satu talian internet yg laju, so ari ni pasang TM utk lancarkan bisnes ini.

Jika anda berminat utk mengetahui bisnes apakah itu,nantikan kemunculan buku pertama saya awal bulan May ini berkaitan bisnes di internet secara real-time.

Ia amat berbeza dgn model bisnes di internet yg lain kerana anda dpt melihat bukti bisnes yg saya lakukan (bukan sekadar teori). Dan yg penting teknik yg say gunakan.

Jumpa pasni lak...selamat menyambut hari pekerja.

Tuesday, 29 April 2014

Awas Syiling Palsu!

1/3 cent & 3/4 cent satu nilai yg hebat. Tetapi awas mungkin ianya palsu.

Coin palsu beredar di pasaran mencari mangsa yg kurang ilmu. Sikap kurang berhati2 dan gelojoh utk memilikinya mungkin menyebabkan anda muflis!

Pengalaman saya ingin di kongsi bersama agar anda tidak rugi. Jika anda di tawarkan coin dgn harga yg lebih dr RM100 saya syorkan bertanya dahulu ttg coin tersebut.

Biasanya coin yg mahal kondisinya amat cantik, tempaannya halus dan tidak "tergesa2 utk di lepaskan"

Jika anda perhatikan coin di atas wajah Queen dan King langsung tidak real, sedangkan kebanyakkan coin di tempa dgn ukiran wajah yg hampir sempurna.

Selain itu info mengenai ukuran dan berat juga boleh menentukan kesahuhkan coin tersebut. Insyaa Allah info ringkas ini diharap dpt memberi kewaspadaan yg lebih kpd anda.

Syiling 'error'

Adakah anda perasan setiap syiling yg anda ada semuanya sempurna? Pernahkah anda menjumpai coin error?

Error di atas di kenali sbg rotate error dan ianya jg merupakan kegilaan sesetengah numistatist.

Tak faham? Cuma bandingkan syiling 10 sen anda dgn saya punya. Terbalikannya dan perhatikan kedudukan sepatutnua papan congkak tersebut.

Paling di cari 180 darjah rotate. Jika anda memilikinya dan berhajat utk di lepaskan hubungi saya di 01112395238

Numismatic?

Ilmu kaji duit syiling? Pastu x termasuk notes (wang kertas)? Juga tak termasuk token? Juga kupon?

Atau saya masih kurang ilmu? Atau maksud yg di berikan hny tekaan? Mustahil! Sbb itu adalah kamus!

Syair arab ada menyebut man kallama min ghairi fannihi, ataa bil 'ajaib maksudnya 'barangsiapa yg berkata2 ttg bukan kemahirannya, maka bnyk perkara ajaib / xmasuk akal'

Xper lah hanya sekadar tafsiran bkn perkara besar pun, lagipun berap kerat sgt pencari makna numismatic guna kamus kan? :-)

Hanya sekadar pandngan saya, mungkin ada yg bnyk lg perlu kita discuss ttg numismatik ni, terutamanya dlm kesahihan sejarah :-)

Sbg contoh, bilakah nama MALAYSIA mula di gunakan? 1963 atau sblmnya? Erm nanti kita bincangkannya.

25,000 keping sahaja!

Harganya hny RM2.50 tetapi hny boleh di beli sekeping sorang. Apakah jika anda memilikinya lalu ada org ingin membelinya dr anda maka anda akan menjualnya dgn hatga RM2.50?

Inilah peluang menjana pendapatan, saya yakin akan ada tawaran sehingga RM20 / keping slps habis jualannya di pejabat pos.

Pengumpul tegar sanggup berhabisan utk mendapatkan sesuatu yg rare.

Cuma saya masih menunggu agar Kerajaan juga mengeluarkan commemorative coin lawatan Obama ke Malaysia :-)

Monday, 28 April 2014

Kapal Terbang Terhempas (update 2.45 pm)

Kapal terbang pelatih Asia Flight Training Centre yg berpengkalan di Pengkalan Chepa terhempas berhampiran Taman Kurnia Jaya sebentar tadi.. Pilot terselamat hanya cedera ringan. Berita lanjut akan di beritahu kemudian...

lagi gambar..



Nama mangsa Shankar Muthu (pelatih Asia Pacific Flight Training) berumur 20 tahun. Hanya patah kaki dan stabil. mangsa merupakan pelajar tahun 2 dan menerbangkan pesawat seorang diri. Punca nahas belum di kenal pasti.

lagi gambar..



Saturday, 26 April 2014

Coin Obama

Welcome to Malaysia. :-)

Hari ni seorang Presiden kuasa hebat dunia dtg melawat Malaysia. Ada yg bantah ada yg senyap.

Tak kisah la apa pandangan masing2 cuma saya ingin kongsikan satu coin berwajah Obama ada dlm simpanan saya.

Coin ni saya dapat dr sorang teman di luar negara. Hanya manusia2 yg di kenali je ada wajah atas coin :-)

Yg ni not for sale sbb ada sebijik je :-)

Pitis Berusia 300 Tahun

Pitis timah Kerajaan Palembang yg di percayai sudah hampir atau lebih dr 300 tahun. Ada di antara pitis tersebut (kod 186) ditempa tarikh 1183.

Pitis ini byk di temui di Negara Indonesia, walaubagaimanapun utk mendaptkan pitis dlm kondisi yg baik amat sukar. Begitu juga utk mencari jenis retrograde (mirror-script) dan error amat sukar.

Kenapa saya mengumpulnya? Keunikkan khat dan keunikkan bentuknya yg kecil dan nipis ( tahan patah ) membuatkan rasa kagum terhadap teknologi manusi zaman dahulu dan amat sesuai utk di simpan bg tujuan kajian dsb.

Satu masa nanti semua ini akan pupus, jika anda berminat utk menyimpannya boleh hubungi saya utk maklumat lanjut. Rusdi (01112395238)

Friday, 25 April 2014

Pernah Jumpa Camni?

Kepada rakan2 yg baru nak terjun ke dlm dunia numismatik tanpa mengeluarkan belanja, anda boleh mulakan dgn menyeken (scan) syiling dlm tabung anda. Manalah tau kot2 rezeki dpt yg error camni.

Error ni ada mcm2 nama sampai saya pun xigt. Yg ni kawan saya ckp 'CUD' antara susah nk dpt gak la sbb kesan peliknya tu besar (major)

Ok yer, bila dh dpt coin error tu leh r share kat fb nnti kalu ada rezeki akan adalah yg suh 'pm' harga :) ok selamat bernumis.

Promosi Sempena Ulangtahun ke-35!!!

Sempena hari kelahiran saya yg ke-35 insyaa Allah beberapa item saya akan lepaskan dgn harga yg terbaekkk.

Item2 tersebut antaranta, Pitis Kelantan, Pitis timah luar negara, syiling Malaysia keydate, banknote Malaysia dan luar negara, setem, fdc dan byk lagi.

Harapn saya semoga lebih ramai yg berminat dgn dunia numismatik dan filateli. Tq

Suku Sen @ 1/4 cent Straits Settlements

Pagi ini ingin saya kongsikan ttg coin Straits Settlements (SS) bernilai 1/4 cent yg ada dlm simpanan saya.

1/4 cent Queen Victoria (1867 - 1901) di keluarkan pd thn 1872, 1873, 1875, 1883, 1884, 1889, 1890, 1891, 1898, 1899 dan 1901. Ia tempa menggunakan copper (1872 - 1883) dan bronze (1884 - 1901).

Tahun keluaran yg di cari ialah 1873 & 1883.

1/4 cent SS King Edward VII (1901 - 1910) tiada dlm simpanan saya setakat ini.

1/4 cent King Goerge V (1910 - 1936) hanya di kelurkan pd tahun 1916. Di buat drpd bronze.

Harga coin ini bergantung kepada kondisi dan kesukaran mendapatkannya.

35 Tahun Bangkit Semula

AlhamdulilLah... Terima kasih buat isteriku n anak2 yg wish besday dan bg present kek yg sodap. Tk di lupakan rakan2 yg turut memperingati hari lahirku.

Tinggal 5 tahun lg sblm umurku cecah 40. Pd masa itu aku akan memasuki satu dimensi di mana impianku utk berbakti kpd masyarakat mesti terlaksana.

Aku impikan satu hidup yg bebas kewangan dan masa, agar 5 tahun lagi aku mampu membantu golongan yg kurang bernasib baik dan fokus kpd fardhu kifayah yg lain.

Umur 40 thn amat sesui utk bersara dr 'makan gaji'. Tp apakah sudah tercapai impian 'bebas kewangan'? So masa masih bnyk utk terus berusaha dan terus bangkit utk keluar dr 'lubang' selesa.

Doa dan sokongan kaum kerabat dan rakan2 amat ku hargai dan ucapkan terima kasih.

Thursday, 24 April 2014

Terus Berniaga...

Kelmarin dpt RM30, semalam RM50 so hari ni saya masih mengulangi perkara semalam dan kelmarin agar item yg saya bisneskan pd hari ni laku dgn harga RM50.
Setakat ini saya baru ada 1 lot (3item), sdg mencari beberapa lg item utk saya lepaskan sbg simpanan rakan2. Target utk bulan ni ialah RM500 berbaki lg 7 hari, Insyaa Allah.
Mampukah saya capai target? Tindakan luar biasa akan buahkn hasil yg luar biasa. Yg perting sistemnya betul dan impian utk membantu org lain di utamakan.
Anda masih duk dalam "lubang" selesa? Duk la diam2 situ, harap jgn di perlekeh usaha mereka yg nak keluar ;) pastu jaga mulut jgn cepat mengata dan mengeji manusia yg ada target utk berjaya. Mohon terasa :)

Legasi Rajah Putih 1841 - 1946 (105 tahun)

Malam ni sempat study bab Coin Sarawak pd kurun ke 16. Saya mempunyai 17 kpg coin Keluarga Brooke.

Utk info syiling pertama keluaran Rajah Putih ini ialah pd thn 1842. Syiling Brooke terdpt yg beharga lebih dr RM10k (rujuk buku Malaysia Brunei & Singapore Banknote & Coin 7th edition 2014, m/s 51)

Dalam koleksi saya yg paling lama adalah 1 cent copper Rajah Charles Johnson Brooke 1870.

Jika ada yg berminat hubungi saya Rusdi : 01112395238

Legasi Rajah Putih

1 sen 1870 

Wednesday, 23 April 2014

FDC Singapore Coin

Lagi cerita ttg FDC, saya amat tertarik dgn setiap item yg berkaitan banknote termasuklah FDC yg menggunakan coin sbg setem.

Kumpul FDC dan coin selaian drpd hobi yg menggembirakan ia juga dpt menjana pendapatan. Masalahnya di tempat saya masih rendah kadar keminatan (betul ke penggunaan) terhadap hobi ini.

Apakah di sebabkan kurang pemdedahan? Peruntukan yg sedikit? atau malas nak mengkaji? Tidak boleh di nafikan masih ada yg merasakan hobi ini takde faedah.

Maka tujuan saya menulis di sini ialah memberi pendedahan ttg keindahan seni numismatik fan filateli. :)

Harga di ebay USD$20

Pada mulanya saya tidak ngerti camana mau baca 'soepaja' selepas berulang kali baru saya faham maksudnya 'supaya' oe = u, j = y. Kad ini saya dapatkan dari peniaga sampul2 lama. Tertera di situ ia di chop 28.5.30, apakah maksudnya ia bertarik 28 May 1930?


Saya melakukan beberapa carian ttg kad ini dan antara hasilnya utk di kongsi bersama... di dalam artikel Netherlands Philately volume 31/4 ada menceritakan sediki sebanyak berkenaan item tersebut.


Jika anda berminat utk  mengetahuinya lebih lanjut boleh rujuk di sini :) 


Kami mengalu2kan perkongsian maklumat, jika anda ada maklumat tambahan sila kongsi :)

[ home ]


FDC + Coin = RM33


Jumpaan yang membuatkan saya teruja. Pada 1980 Kerajaan telah mencetak sekeping Syiling Peringatan Sambutan Ma'al Hijrah Abad ke-15 Hijrah dan juga telah mengeluarkan FDC nya.

Satu koleksi yg amat sesuai di simpan kerana harganya masih belum melonjak naik. FDC ni saya beli dengan harga RM8 dan Syiling tersebut dgn harga RM25. Total + RM33.

Di jual? Ya memang sekarang saya sedang melelong syiling (syiling sahaja!) tersebut, klik di sini . Syiling Peringatan Ma'al Hijrah boleh di dapati di kedai2 Numismatik atau pengumpul, cuma masalahnya harganya yg berbeda bergantung kepada kondisinya.

Bisnes item numismatik amat sesuai di jalankan memandangkan negara kita sekarang dalam keadaan yang aman dan ekonomi pun stabil. Di jangka selepas bulan 6 harga2 item numismatik akan terus melonjak terutamanya item RARE.

Untuk menambah 'harga' barangan anda (add value) maka FDC adalah satu item yang sesuai. Ada beberapa lagi item numis yang boleh di gabungkan dengan FDC utk di bisneskan. Insya Allah saya akan berkongsi di lain post.

[home]

Untung RM30


Alhamdulillah..hari pertama bisnes di online dengan SISTEM yang telah saya belajar dulu akhirnya membuahkan hasil. 3 lot (6 item) di lelong 1 terjual 2 lagi belum terjual yang pastinya mesti di buat post mortem, mencari di mana silapnya teknik pemasaran yang telah saya gunakan.

Mentor : saya dah jumpa orang yg layak menunjuk ajar kpd saya bagaimana utk mendapatkan 1 juta
Elmu : saya dah dpt ilmu yg di gunakan oleh beliau utk dptkan 1 juta
Sistem : saya sudah siapkan carta alir bagaimana utk mendapatkan 1 juta :)
Tindakan : saya sedang bertindak sekarang
Impian : saya MESTI dapat 1 JUTA pada 25 April 2019 Insya Allah (5 tahun dari sekarang)

Kpd rakan2 yg berbisnes, nasihat saya agar visi kita biar jelas :) jika visi anda kabur masakan anda mampu membuat satu sistem (jalan) utk meralisasikannya. Jika sistem tersebut pun gagal kita khayalkan masakan kita mampu bertindak!

Jika anda tidak mampu berIMPIAN, membuat SISTEM, dan lembab berTINDAK maka cari lah MENTOR yang mampu mengajar anda ELMUnya :)

Jangan lupa untuk terus bersama saya bagi menimba ilmu mengenai bisnes.

[ home ]

Tuesday, 22 April 2014

FDC..? Xtau ? Kena baca

FDC yg sempat saya kumpul. Bila melihat item ni buatkan hati teringat kpd MH370. Sudah sekian lama misteri trrsebut belum terungkai. Insyaa Allah kita doakan yg terbaik.

Ada kawan tanya adakah saya juga meminati setem, bg saya sampul surat bersetem lg saya skua dr sekedar setem. Ilmu ini saya baru dpt pd sabtu lps. Mula2 saya di beri faham ttg FDC oleh Rafie dan pada masa itu saya pun beli 3 4 kpg yg saya ada kaitan dgn jiwa saya.

Tetapi selepas beberapa jam saya berjumpa dgn satu grup (4 -5 org) yg asyik duk pilih sampul surat yg tak cantik, bersetem lama, di cop dan paling saya terkejut tahunnya yg begitu lama, ada yg sebaya pitis Kelantan.

Insya Allah saya akan cerita lebih lanjut di post akan dtg. Jangan lupa sentiasa melayari http://akumesti.blogspot.com

Lupa saya nak terangkan.. FDC tu maksudnya First Day Cover / Sampul Surat Hari Pertama.

Commemorative Coin : Malaysian Armed Forces 80th Anniversary

The origin of the Malaysian Armed Forces dates back to the formation of the Malay Regimen on 1 March 1933. With the formation of Malaysian on 16 September 1963, The Regiment was officially known as the Malaysian Armed Forces. 


Eight decades have passed which saw the Malaysian Armed Forces evolved from the colonial to a Full Spectrum Force. The long and arduous journey was not one without the sacrifice of blood, toil, sweat and tears as Malaysians were able to enjoy peace while prospering from the peaceful environment maintained by the Malaysian Armed Forces


Today, the Armed Forces continues to serve the nation on the ever shifting geo-strategic environment, domestically and also beyond our shores.

With states-of-the-art technology in implementing the man, machine and method approach, the Malaysian Armed Forces continues to preserve peace in the country and contribute to nation building.


This coin was minted to commemorate the Armed Forces' eight decades of evolution toward becoming a Full Spectrum Forces. It serves to remind us of the sacrifices, efforts and legacy of the forebeares of Malaysian Armed Forces.

The three platforms depicted on the coin : the PT-91 Pendekar Main Battle Tank, The Scopene Submarine and the Sukhoi Su-30M Fighter Aircraft reflect the integration of the surface, subsurface and aerospace dimensions of the modern battle.


This Coin is a testimony to the Malaysian Armed Forces' endeavor to be a modern and effective Full Spectrum Force.


Monday, 21 April 2014

RM1 bernilai RM10?

Anda masih ada wang kertas ni? Nasihat saya simpanlah jika anda ada yg berkondisi VF (very fine) ke atas. Kenapa?

1. Mana tau kot2 30 tahun lagi beharga lebih dr RM2, atau;
2. Sebagai kenangan untuk anak cucu kita, atau!
3. Simpanan @ pelaburan masa dpn.

Saya hanya mampu kemukakan 3 alasan knp perlu simpan tetapi saya yakin anda ada 1000 alasan knp tidak perlu :)

Tidak perlu huraikan alasan tersebut kerana saya yakin jika 30 tahun dahalu (1984) jika arwah bapa saya sempat (saya bkn salahkan beliau tp sbg jawapan utk alasan) menyimpan 8 kpg $1 siri ke-5 signed by Aziz Taha nescaya saya boleh menjualnya dgn harga RM10/keping pd masa sekarang.

Tapi apakan daya semua banknote dan coin yg pernah saya simpan dlm almari mak saya 20 tahun lepas tlh hilang kerana saya tdk tahu ilmu menjaga coin dan banknote. Ilmu numismatik tidak sampai ke dlm keluarga kami.

Mmg ada notes lama tetapi kondisi poor - fine sahaja. Oleh itu supaya sejarah tidak berulang, agar anak2 ku gembira di masa dewasanya nanti, maka saya akan terus simpan item yg mudah di dapati sebelum pupus.

Duit Gaji Dah Habis? Jom Berubah.

Petang td saya belek balik ilmu yg saya dpt 1 thn lps berkaitan pemasaran. Pakar Pemasaran Malaysia Dr. Azizan Osman tlh mengajar segalanya tetapi saya baru boleh memecahkan tembok zon selesa slps setahun.

"Catatlah sbrg urusniaga walaupun RM1 kerana itulah asas utk urusniaga bernilai RM1,000,000"

Jgn kita abaikan urusniaga yg sekecil mana pun, jika yg sekecil ini tdk mampu di uruskan secara sistematik masakan mampu yg lebih besar nilainya.

Maka td saya tlh sediakan buku untuk catat semua item numismatik dlm simpanan saya. Setiap urusniaga akan di sertakan resit dan buku lejar ;)

Jom kita semua berubah... kita MESTI catat semuanya kerana saya yakin ada di antara anda yg senasib dgn saya :)

Jangan lupa layari setiap masa http://www.akumesti.blogspot.com

Untung RM370 Setiap Hari


Dengan ketinggian 20 ribu kaki maka terputus la segala hubungan dalam talian, erkkk masa ni la kena berbalik kepada cara lama untuk tambah ilmu.. BACA BUKU.

Alhamdulillah 55 min perjalanan sempat la habiskan 2 bab. Sedikit cerita ttg buku ni. Saya beli masa kat Amcorp dari sorang pakcik Cina. Dia cakap dia sudah lama berniaga di flea market kat situ dan sudah manyak untunggg dapat :)

Pastu dia syorkan saya baca buku ni heheheh ayat promosi tu mmg cun dan mampu membuatkan saya buka wallet dan terus bayar tanpa fikir panjang. Dalam otak hanya tergambar mesti kalau baca buku ni dapat untung manyaakkkk. Memang TEPAT!!!! hanya 2 bab baca mmg betoi kata Pakcik Cina tu mmg buku ni sapa2 baca mmg terbaekkkk.

Antara kefahaman saya dpt dari buku tersebut ialah hari2 adalah bisnes, setiap jam adalah bisnes, setiap menit adalah bisnes, setiap saat adalah bisnes :) yang penting dalam kepala otak mesti pikir bisnes.

Di zaman skrg (dalam buku tu takder la sbb masa tu tahun 1969) ramai yg guna internet (blog, fb, twit dsb) tapi adakah untuk bisnes? itu soalan yang perlu kita soal diri kita sendiri. Jangan berbicara soal untun RM370 jika satu item pun anda tak pernah pikir untuk di bisneskan :)

Oh ya lupa nak bagi tau... buku yang mampu beri untung RM370 ni di jual kepada saya dengan harga RM3 :).

Nak tahu lebih lanjut sentiasalah mengikuti perkembangan di http://akumesti.blogspot.com/

VJ : Palsu vs Original

AlhamdulilLah, kunjungan pertama saya ke Trigometric Sdn Bhd amat berbaloi kerana dpt ilmu bagaimana untuk membezakan Japanese Invation Money (JIM) yang original atau palsu. Ilmu yg berdasarkan fakta bukanya auta.


Terima kasih buat uncle (lupa nama) yg bersemangat menceritakan ttg perbedaan itu termasuk contoh sekali ;). Antara yang saya ingat perbedaannya ialah tulisan VJ yang sempurna adalah palsu. (anda boleh melayari Page Japanes Invation Money Society untuk maklumat lanjut  https://www.facebook.com/JapaneseMalaya )



Kini saya sedang mencari buku "The Japanese Occupation Of Malaya (Singapore) and Its Currency" utk simpanan dan rujukan saya berkaitan 'duit Jepun'


Antara yang menarik di dalam buku tersebut, di ceritakan sejarah termasuk imej2 perbedaan antara palsu dan original.


Tulisan MALAYAN pada note JIM juga merupakan satu perkara yang perlu di perhatikan untuk memastikan ukurannya tepat (57mm). Semua perkara ini perlu di teliti sebelum mengambil keputusan mengeluarkan belanja yang banyak untuk membelinya agar anda tidak muflis :)

Bagi anda yang baharu ingin menceburi diri dalam dunia Numismatic, pastikan anda ada Mentor, di tambahkan lagi dengan Elmu, Sistem mengumpul coin / banknote amat penting setiap item perlu ada rekod. Tindakan membeli coin / banknote hendaklah tepat! dan akhir sekali Impian untuk menyempurnakan koleksi anda mestilah suci murni. Jauhkan sengketa sesama kita :)




Sunday, 20 April 2014

Gomo-Klate-Gomo (catatan ringkas dr KLIA)

Semasa menunggu MH1388 td saya duk asyik menaip post baru utk blog tetiba mata ini terganggu oleh sepasukan manusia berbaju merah. 2 org berjalan di dpn nya saya rasa mcm kenal... wahhh Obina dan Parkido (maaf kalau salah eja)

Maaf saya bukanlah peminat tegar bola, malah tak kenal sgt pun pemain cuma rasa terpanggil berkongsi kekalahan TRW dua tiga menjak ni.

[Loghat Kelantan] xleh nok g doh kalu de mai nok murih gak keno blebe kot bahaso Klate. Ambo buke gapo pesen peminat Klate ni jenih xleh nok tghimo mano kalu main bola kaloh.

Tok keno kot ghate mano lagi? Stih Darbi pun pecat doh, ko nok keno pecat Pakido? Ko jenis jua mmene? Mitok jauh la dehh.

Ambo ddo'o sokmo ko set TRW roksoh duk ghusing arr.. trik ni acu tra main mmolek deh.

Gomo Klate Gomo

Igt nak bergambar ngan depa tapi nmpk muka xceria :(

Gambar blur jalan laju sgt hahahha sib baik sempat rakam senyuman manis Obina, my peberet player walau tanduk bola xkena hehehe

(Jika salah saya tulis ttg nama atau fakta bab TRW jgn marah, ini luahan hati seorang peminat TRW)

Usaha-Wang

19 April 2014, 9.00 pg saya dh terpacak kat sini sementara menantikan meja2 jualan di buka. Tea tatik dan tossay pelapik perut agar ada energy utk melayari episod numismatik ini.


Saya di temani rakan numis, Rafie dan Faiz sempat menghabiskan masa bincang soal membantu rakan2 yg berminat utk memulakan hobi yg pelik ini. Support dr segi sumber rujukan, aksesori dan item2 dgn harga patut. 


Teruja jugak la bila sifu wat keluar silver coin, makan pun x abis kenyang dgn tgk Silver Coin je hehhehe. Utk melengkapkan koleksi ini mmg komitmen dan kemahiran ttgnya wajib ada. Kewujudan fake coin boleh menyebabkan anda muflis tanpa ilmu :)


Paling best dpt jmp dgn top seller. Kenal tak? Prof Banknote & Bardzaman. Sempat la borak2 share info bout dunia numis. Terasa kerdil diri ni.


Lama jugak la masa saya duk round2 kat sini, belum naik tingkat atas lagi ;) the story makin hot. Mana taknya saya sempat menebual penulis buku numis terkenal, K.N. Boon :) jhn lupa ikuti tulisan saya utk membaca perkongsian yg sgt RRRR.

Friday, 18 April 2014

Buat Duit Dengan Duit

Di alam maya mcm2 perkara berlaka minggu ni bermacam2 words jd trending #KarpalSingh #mh370 #hudud #anwar #gst dan mcm lg. Pelayarnya pulak dgn mcm2 ragam, itu hak masing2

Tapi tidakkah kita merasa kerugiaan jika internet yg kita byr setiap bulan di balas dgn ganjaran spt duit? Anda guna internet berjam2 tiba2 dpt duit. :)

Saya tidak syorkan sertai program2 cari ahli atau beri modal goyang kaki dpt untung. Bg saya itu semua ada kekeliruan.

Malam ni saya cuma nak perkenalan kpd kawan2 yg membaca artikel ini ttg satu hobi yg mentsunamikan alam maya ni iaitu Duit buat Duit.

Hobi mengumpul wang (lama, baru, error, dll) kini boleh menjana pendapatan lumayan. Macamna mahu mulakan? Pecahkan tabung anda ;) cari syiling Malaysia yg rare, cthnya 1 sen 1970, 10 sen 1971, 20 sen 1970, 50 sen 1995 dll. Selepas itu anda perlu tambah sedikit lg ilmu bagaimana nak memasarkan syiling tersebut.

Insyaa Allah di lain masa saya akan terangkan teknik memasarkan syiling dan pulangannya pasti mengejutkan anda.

Foto : koleksi syiling peringatan, replica kijang Kelantan, syiling Malaysia siri ke 3 dan wang kertas Malaysia siri ke 13 yg saya borong di Sasana Kijang utk di kongsikan dgn rakan2 peminat tegar numismatik (semua item telah ada pemiliknya!, berminat? )